Jumaat, 11 November 2011

Ketupat Pulut Betina Jantan


Pembangunan pesat di Ulu Pauh,
Pembinaan pendidikan anak-anak kita,
Ketupat betina duduk simpuh
Ketupat jantan duduk bersila

Pisang Bakar Kelapa Muda


Pi Arau lalu kot Santan
Pi dengan Pak Uda
Makanan ni jarang kita makan
Pisang Bakar Nyok Muda

Bubur Pulut Hitam Perlis


Jalan Jalan ke kampung sentang
Cari rumah Pak Tam
Sedap dimakan di waktu petang,
Itu dia bubur pulut hitam.

Khamis, 3 November 2011

Nyok Muda atau kelapa muda

Di perlis panggil Nyok Muda, atau Kelapa muda. La ni pokok dah semakin tinggi, bagi pokok baru, ketinggian masih sampai bila kita berdiri. Kalau pokok tinggi biasa guna berok,  guna galah atau panjat.. Sedap bila ambil isi dan letak air nyok dan ais batu. Sungguh sedap air kelapa ni.

Rabu, 2 November 2011

Senduk Tempurung

SendukTempurung, sudah tentu dari tempurung kelapa. Batang dari kayu keras yang di ukir, Dulu bapa saudara saya ada membuatnya. Sayang selepas kematiannya, ia hanya kenangan.

Bujam Perlis

Bujam ini di perbuat dari mengkuang yang di anyam rapi. Ia digunakan untuk isi beras, atau di guna oleh mak bidan zaman dahulu, bawa alatan dia, mengurut orang lepas bersalin. La ni masih ada, cuma jarang digunakan.

Nyiru Perlis

Nyiru buluh perlis
Nyiru biasanya digunakan untuk buat menampi beras bagi membuang antah padi. Ia juga diguna menjemur beras lembab, kuih kering, atau bahan makanan lain. Kadang juga makcik makcik jemur bedak sejuk. Nyiru di perbuat dari anyaman buluh. Memang seni orang melayu kita.

Selasa, 1 November 2011

Gambar Banjir Perlis 2010

Gambar gambar ini semasa banjir di perlis pada tahun 2010. Saya pun terlibat, dimana kampung kami di sungai baru utan aji, naik air hampir 1 1/2 kaki atas jalan masuk. Nasib baik tak masuk dalam rumah, kerana aras lantai agak tinggi