Ahad, 8 April 2012

Aktiviti Tangkap Ikan Selepas Menuai Diperlis

Aktiviti Tangkap Ikan Selepas Menuai Diperlis, adalah rutin orang kampung selepas menuai padi. Biasanya di lakukan antara bulan Feb dan Mac. Musim ini kebanyakan sawah sudah kering. Mana mana kawasan sawah yang rendah dan berlopak, maka ramai yang mencari, apa yang dicari ialah Ikan air tawar yang sedap di makan. Antara ikan yang popular di tangkap ialah Haruan, Keli, Sepat Benua, Puju dan Lampan. Kadang kala belut juga di tangkap. Memang best main dengan selut sawah, orang bandar bila nak turun sawah.

Jumaat, 6 April 2012

Kuala Sungai Baru Perlis Perlu Dibangunkan

Kuala Sungai Baru Perlis Perlu Dibangunkan, Kuala Sungai Baru yang terletak kira kira 3km dari Pekan Simpang Ampat, merupakan kampung nelayan. Pekerjaan utama penduduk sini ialah nelayan, berniaga hasil laut dan membuat kuih-kuih tradisional.

Saya lihat potensi pantai yang indah, hasil perikanan yang semakin bertambah, pertambahan pelancong yang semakin meningkat pada hujung minggu sabtu dan ahad, maka Kerajaan Perlis perlu melihat lebih jauh dan positif untuk memajukan kawasan Kuala Sungai Baru ke arah Agro Pelancongan berasaskan hasil laut, makanan dan IKS

Kawasan ini perlu di bangun kemudahan Jalan, kemudahan tempat peniagaan hasil laut, kemudahan parking, mempertingkatkan lanskap, kemudahan awam dan rekreasi.

Hasil sediada seperti belacan, ikan segar, ikan kering, keropok, kuih tradisional harus dijadikan hasil utama daya tarikan. Biar orang kata, kalau pi Perlis, tak sah kalau tak pi kuala sungai baru. Sebab tu pejenamaan baru kuala sungai baru perlis, dengan kemudahan letak bas persiaran, kemudahan rehat pelancong, kemudahan bilik air dan surau untuk pelancong harus di tingkatkan.

Pekan pelancongan harus ada ciri-ciri kemudahan pada pelancong, Paling asas tempat rehat, makan dan bilik air dan surau. Kemudahan pondok rehat dengan pokok yang teduh akan memudahkan pelancong datang dan rehat.

Konsep tarikan masuk pelancong harus diguna pakai dalam membangunkan kampung nelayan ini menjadi bandar indah dan maju. Jangan tangguh lagi, maju segera demi masa depan anak cucu kita