Khamis, 24 Januari 2013

Isu nama Allah dalam Injil Versi Melayu

Isu nama Allah dalam Injil Versi Melayu, lihat kupasan Dr Asri bekas Mufti perlis

 

homestay perlis

homestay perlis, carian homestay atau chalet di perlis, senarai homestay di perlis, harga homestay perlis

Klik Sini

Alamat Jabatan Mufti Perlis

Jabatan Mufti Negeri Perlis
Tingkat 1,
Blok A, Bangunan Dato' Mahmud Mat,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9794428

Anak dibin bapa zina

Hukum Menasab Anak Zina Kepada Bapa Zina Mesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju untuk mengekalkan keputusan yang sedia ada iaitu:

‘Anak yang lahir kurang dari 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami’.
                                                  
Namun, mesyuarat bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dan dicatatkan sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) iaitu:

‘Anak yang lahir kurang dari 6 bulan selepas ibunya berkahwin, tidak boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika suaminya itu mengaku’.

Juga, mesyuarat bersetuju untuk memasukkan pandangan yang Berbahagia Sahibul Fadhilah dato’ Setia Bakti Ustaz Haji Nordin Bin Ismail bahawa:

‘Anak zina tidak boleh dinasabkan’ sebagai satu catatan.


Klik untuk Kertas Kerja Nasab Anak Zina

Bolehkah buat solat hajat berjamaah

Bolehkah buat solat hajat berjamaah, apakah hukumnya. Hukum mengadakan majlis atau upacara solat sunat hajat berjemaah dengan niat solat sunat Hajat secara khusus adalah khilaf al-Sunnah (menyalahi sunnah), kerana tidak dijumpai dalil khusus yang menunjukkan adanya jenis solat yang sedemikian.

Maklumat lanjut klik

http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-ibadah/252-hukum-solat-sunat-hajat-berjemaah

Hukum jual Arak Kepada Orang Bukan Islam Di Hotel

Hukum Penjualan Arak Kepada Orang Bukan Islam Di Hotel
Huraian Tajuk/Isu:
  1. Apakah hukum menjual arak kepada orang bukan Islam?
  2. Adakah boleh menyediakan ruangan khas kepada orang-orang bukan Islam untuk mereka mendapat perkhidmatan arak dan pekerjaannya adalah terdiri dari bukan Islam?
  3. Adakah terdapat peruntukan undang-undang Islam Negeri Perlis yang melarang menjual dan meminum arak di hotel?
Keputusan:
'Mesyuarat dimaklumkan bahawa hukum menjual dan menyediakan arak adalah jelas haram menurut syariat Islam".
Keterangan/Hujah:
  1. Dalil al-Quran surah al-Maaidah ayat 90 :
    Yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman ! sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".

    Setelah turunnya ayat ini, Rasulullah S.A.W bersabda :
    Yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah mengharamkan arak, barangsiapa yang sampai kepadanya ayat ini, dan padanya masih terdapat arak, janganlah dia meminumnya, dan jangan menjualnya, berkata perawi hadis ini (Abu Said) maka orang ramai pun mengeluarkan mana-mana arak yang ada pada mereka lalu menuangkannya di jalan-jalan di Madinah".
  2. Hadis riwayat Imam Ahmad daripada Ibnu Omar, Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Telah dilaknat arak, meminumnya, pemberi minumnya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memperosesnya dan pemakan harganya (wang hasil pemulangan arak).
    Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram.
  3. Hadis riwayat al-Humaidi mengenai hokum haram menghadiahkan arak kepada orang kafir.
    Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa seorang lelaki pernah menghadiahkan sebekas arak kepada Nabi S.A.W kemudian ia menghadiahkan kepada beliau selama setahun, padahal arak sudah diharamkan maka Nabi S.A.W bersabda : "Sesungguhnya arak telah diharamkan "lelaki itu bertanya : Bagaimana kalau saya menjual? Baginda bersabda "Sesungguhnya arak telah diharamkan "lelaki itu bertanya "Bagaimana kalau saya menjualnya? Baginda bersabda : "Sesungguhnya minuman yang diharamkan meminumnya haram menjualnya, orang itu bertanya lagi "Bagaimana kalau aku berikan sebagai hadiah kepada orang Yahudi?, Nabi S.A.W bersabda "Sesungguhnya yang mengharamkan (Allah) mengharamkan juga pemberian kepada orang-orang Yahudi", lelaki itu bertanya lagi "Apa yang harus saya lakukan?, Sabda Rasulullah S.A.W "Tuangkanlah di al-Battha".
    Hadis ini menunjukkan bahawa memberi hadiah arak kepada orang kafir tentulah lebih aula haramnya, kerana sekiranya memberi percuma adalah haram, tentulah menjual dengan bayaran harganya adalah lebih aula haramnya.
    Mesyuarat juga merujuk kepada Enakman Jenayah Dalam Syara' (EJDS) dalam Negeri Perlis 1991 dalam Fasal 24 Ceraian (2) yang menegaskan bahawa :
    "Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamirkan untuk jualan, menyimpan, membawa atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali".
Berdasarkan kepada dalil-dalil di atas mesyuarat membuat keputusan seperti berikut :
  1. Islam mengharamkan umatnya mengambil sebarang manafaat daripada arak seperti minum, memberi minum, menjual, membeli, membawa, memperoses, meluluskan lesen penjual arak kepada orang Islam dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
  2. Orang Islam haram memberi sebarang perkhidmatan arak kepada orang Islam atau kepada orang bukan Islam samada berbayar atau tidak berbayar.
  3. Orang-orang Islam dilarang menjual dan meminum arak berdasarkan Enakman Jenayah Dalam Syara'Negeri Perlis Fasal 24 Ceraian (2).

Hukum Menyembunyikan Ahli Waris Untuk Mendapat Harta Pesak

Hukum Menyembunyikan Ahli Waris Untuk Mendapat Harta Pesaka, Syariat Islam telah menentukan pembahagian harta pesaka mengikut kadar-kadar yang tertentu bagi setiap ahli waris. Hanya ahli waris yang lain sahaja (tidak terdinding) yang berhak mendapat harta pasal peninggalan si mati.

Sekiranya terdapat ahli-ahli waras yang cuba menyembunyikan ahli waras yang lain dengan tujuan agar mereka mendapat bahagian lebih baik atau agar mereka tidak terdinding, maka ia telah dikira menghalang seseorang untuk mendapat haknya yang ditentukan oleh syarak.
Perkara ini adalah jelas haram sebagaimana nas syarak seperti berikut:
Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan harta di antara kamu dengan cara yang batal.

Firman Allah: Surah Insya" ayat 58:
Yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya).

Ayat ini mewajibkan supaya dikembalikan kepada orang yang berhak menerimanya. Oleh itu menyembunyikan waris adalah menghalang amanah untuk disampaikan kepada yang berhak dan perkara itu telah melanggar perintah ayat ini.
Sabda Rasulullah saw.
Yang bermaksud:
Setiap muslim ke atas muslim adalah haram. Maruah, hartanya dan darahnya. Menyembunyikan waris menyebabkan waris tersebut tidak mendapat hak ke atas hartanya maka ia termasuk di dalam larangan hadis ini.

Harta Pusaka Tidak Habis di ambil waris

Harta Pusaka Tidak Habis di ambil waris, bagaimana cara pembahagian harta pusaka jenis ini. Adakah harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris boleh diambil oleh saudara-mara yang bukan ahli waris? (Zawu al Arham)

JAWAPAN

Harta pusaka yang tidak ada ahli waris atau yang tidak habis diambil oleh ahli waris adalah berhak diberi kepada Zawu al Arham daripada harta peninggalan pusaka. Kadar pembahagian harta pusaka kepada Zawu al Arham adalah secara sama rata sekiranya pada kedudukan yang sama, jika tidak maka kedudukannya ditentukan sama seperti ashabul furud. Jika harta masih berbaki, maka bolehlah diberikan kepada Baitulmal.
Keterangan/Hujah:

KETERANGAN

Hak-hak Zawil al Arham ketika ada ahli-ahli waris
Dalil-dalilnya adalah seperti berikut:
  1. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah al Nisaa" ayat 5
    Yang bermaksud:
    "Apabila kerabat yang tidak berhak mendapat pusaka-pusaka dan anak-anak yatim serta orang-orang miskin hadir ketika pembahagian (harta pusaka) itu maka berikanlah kepada mereka sedikit daripadanya dan berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik".
  2. Terdapat banyak athar daripada sahabat-sahabat Rasulullah saw yang menunjukkan bahawa mereka memberikan Zawu al Arham sedikit daripada harta pusaka berdasarkan ayat 8 Surah al Nisaa" yang tersebut di atas, antaranya ialah apa yang diriwayatkan daripada Ismail Ibn Ishak al Qadhi daripada

Bolehkah wang kutipan zakat digunakan untuk membeli asset

Bolehkah wang kutipan zakat digunakan untuk membeli asset seperti rumah, kedai, tanah, saham dan sebagainya dengan tujuan untuk menambahkan lagi khazanah kekayaan umat Islam?

JAWAPAN

Amalan melabur hasil zakat yang tidak dapat diagihkan dalam tahun semasa kepada asnaf yang lapan dengan membeli asset adalah tidak tepat, ketika asnaf berkenaan masih memerlukan bantuan zakat. Dengan itu segala harta yang telah dibeli dengan wang zakat jika dijual semula hendaklah dikembalikan wang jualan tersebut kepada asnaf yang lapan yang telah ditentukan oleh syariat Islam.
Keterangan/Hujah:

DALIL
Sabda Rasulullah saw.
Yang bermaksud:
"(Zakat) diambil daripada orang kaya dan dikembalikan kepada fakir miskin di kalangan mereka".

Firman Allah swt.
Yang bermaksud:
"Dan pada harta mereka itu ada hak yang termaklum untuk orang miskin yang meminta dan orang-oang yang tidak mendapat bahagian".

sumber
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/63-muamalat-bolehkah-wang-kutipan-zakat-digunakan-untuk-membeli-asset-seperti-rumah-kedai-tanah-saham-dan-sebagainya-dengan-tujuan-untuk-menambahkan-lagi-khazanah-kekayaan-umat-islam

Nilai Emas Yang Boleh Dihukum Pakaian

Nilai Emas Yang Boleh Dihukum Pakaian atau perhiasan, Jawapan:Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah mengambil keputusan seperti berikut:

Perhiasan emas dan perak
yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukupi nisab.

Dalil dan Hujah:
Dalam masalah ini ulama" telah berbeza pendapat mereka seperti berikut:
Mengikut pendapat Abu Hanifah dan Ibnu Hazm bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukupi nisab berdasarkan dalil-dalil dan rujukan berikut:

i)Maksudnya:
Daripada Amru bin Shuib daripada bapanya daripada datuknya bahawa seorang perempuan telah datang kepada Rasulullah saw dan bersamanya anaknya dan di tangan anak perempuannya dua gelang yang besar yang dibuat daripada emas, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya:
'Adakah kamu beri zakat barang ini? Kata perempuan itu: Tidak. Sabda Rasulullah saw: Adakah kamu suka bahawa Allah memakaikan kamu pada hari kiamat dengan dua gelang daripada api neraka?' Berkata rawi, maka perempuan itu menanggalkan kedua-dua utas gelang dan diberi kepada Rasulullah saw. Maka perempuan itu berkata: Kedua-dua ini bagi Allah dan rasulNya. (Riwayat Tarmizi)

ii)Maksudnya: Daripada Asma binti Yazid, katanya: 'Aku bersama ibu saudaraku masuk menemui Rasulullah saw, dan kami memakai beberapa utas gelang daripada emas, maka baginda bersabda kepada kami: Adakah kamu berdua menunaikan zakatnya? Kami menjawab: tidak, baginda bersabda lagi: Tidakkah kamu berdua takut sekiranya Allah memakaikan kamu dengan gelang daripada api neraka? Tunaikankah kamu berdua akan zakatnya. (Riwayat Ahmad)

Mengikut pendapat Jumhur (Shafie, Ahmad dan Malik) bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya tidak dikenakan zakat samada cukup nisab atau tidak berdasarkan kepada nas dan dalil berikut:

i)Maksudnya: Daripada "Afiah bin Aiyub daripada al-Laith bin Saad bin Zubair daripada Jabir r.a daripada nabi saw bersabda: tidak dikenakan zakat pada barang perhiasan (Riwayat Baihaqi).
Hadis ini marfu". Kata pengarang: Hadis ini tidak ada asal baginya kerana "Afiah bin Aiyub tidak dikenali.

ii)Maksudnya: Daripada Abi Hamzah daripada Sya"bun daripada Jabir bin Abdullah berkata: tidak dikenakan zakat pada barang perhiasan.

iii)Setelah Jawatankuasa meneliti dan berbincang dengan panjang lebar serta mengkaji nas-nas dan dalil-dalil, maka Jawatankuasa Syariah membuat keputusan bahawa perhiasan emas dan perak yang digunakan oleh seseorang untuk perhiasannya adalah dikenakan zakat sekiranya kadar perhiasan tersebut mencukup nisab.

Sebab-sebab ditarjihkan pandangan yang mewajibkan zakat ialah:


1.Kerana banyak nas-nas yang diriwayatkan daripada enam orang sahabat kesemuanya mewajibkan.
2.Kekuatan sanad yang diriwayatkan.
3.Banyak mereka yang berpendapat bahawa zakat halli diwajibkan zakat
4.Bersesuaian dengan kedah umum.

Kaedah Penggunaan Wang Zakat Berlebihan

Kaedah Penggunaan Wang Zakat Berlebihan, Jawapan:Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis telah membuat keputusan seperti berikut:

i) Sekiranya peruntukan untuk sesuatu asnaf telah diagihkan dengan sebaik mungkin tetapi masih berbaki, maka baki tersebut hendaklah dibawa ke hadapan.

ii) Menaikan kadar pemberian kepada asnaf khususnya asnaf fakir, miskin dan fisabilillah.

iii) Meluaskan konsep asnaf fisabilillah dengan meningkatkan kadar bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat, guru al-Quran dan sebagainya.

iv) Peruntukan untukasnaf fakir dan miskin perlu diagihkan dan diurus dengan lebih berkesan dan sistematik serta mendatangkan faedah jangka panjang kepada mereka untuk membantu mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti mendirikan kilang perusahaan yang membabitkan fakir dan miskin, dan memberi pulangan kepada mereka untuk mendapat faedah sepenuhnya daripada program tersebut.

Sumbar
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/67-muamalat-kaedah-penggunaan-wang-zakat-berlebihan

Adakah Wang KWSP Wajib Dikeluarkan Zakat

Adakah Wang KWSP Wajib Dikeluarkan Zakat. Status wang KWSP, adakah kita wajib keluar zakat, sedangkan ia dalam simpanan KWSP, lihat fatwa jabatan mufti perlis

Adakah Wang Kumpulan Simpanan Pekerja (KWSP) Wajib Dikeluarkan Zakat
Wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) seperti yang berkuatkuasa sekarang ini tidak diwajibkan zakat ke atas pencarumannya kerana wang tersebut bukan milik sempurna bagi pencarum seperti yang dijelaskan oleh wakil KWSP Encik Roslan bin Putih dalam perbincangan dengan ahli-ahli Jawatankuasa Syariah pada 22 Jamadil Awam 1411 bersamaan 1 disember 1990.

Oleh kerana jumlah wang tersimpan dalam KWSP adalah melebihi nisab dan mencukupi haul maka ianya tetaplah wajib zakat. Oleh itu Jawatankuasa Syariah berpendapat pihak KWSP bertanggungjawab mengeluarkan zakat bagi pihak pencarum-pencarum Islam sepertimana yang diamalkan oleh Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan
Kongsi Artikel Ini :

Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad

Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Ke Hari Ahad, apa hukumnya kalau cuti hari ahad, lihat fatwa jabatan mufti negeri Perlis.

Pertukaran Cuti Hujung Minggu Dari Hari Jumaat Kepada Hari Ahad, Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan, namun begitu, hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja.

Adalah wajar diteruskan cuti mingguan pada hari Jumaat seperti yang menjadi tradisi dan adat resam Melayu di Negeri Perlis.

Masyarakat Islam Perlis telah biasa dan sebati bercuti pada hari Jumaat dan menjadikannya sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.

Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka. Sedangkan rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka.

Oleh itu, Jawatankuasa Syariah bersetuju sebulat suara bahawa cuti mingguan dikekalkan pada hari Jumaat, Jawatankuasa Syariah juga bersetuju sebulat suara mendesak Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perlis mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu itu.

Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan

Sumber:
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/70-muamalat-pertukaran-cuti-hujung-minggu-dari-hari-jumaat-ke-hari-ahad

Kongsi dengan kawan anda

Hukum Pernikahan Kanak-kanak

Hukum Pernikahan Kanak-kanak ,Hukum pernikahan kanak-kanak adalah harus. Untuk menjaga maslahah kanak-kanak dan mengelakkan unsur-unsur penganiayaan terhadap mereka, maka elok diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan, terhadap aspek kemampuan nafkah dan kesihatan, termasuk pendidikan.


KEPUTUSAN INI TELAH DIPERAKUKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS DALAM MESYUARAT BILANGAN 4/2011 PADA 23 OGOS 2011 BERSAMAAN 23 RAMADAN 1432H. KEPUTUSAN INI JUGA TELAH DISEMBAH MAKLUM KEBAWAH DYMM TUANKU RAJA PERLIS.

Permohonan Zakat Kepada Pemohon Luar Negeri Perlis

Permohonan Zakat Kepada Pemohon Luar Negeri Perlis,
Permohonan Bantuan/Kewangan
Dari Zakat Kepada Pemohon-Pemohon Luar Negeri, Wang zakat bagi sesebuah negeri hendaklah dibelanjakan mengikut asnaf yang lapan kepada orang-orang yang berhak di negeri yang tersebut itu, berdasarkan kepada hadis Rasulullah saw: Yang bermaksud:
Diambil harta-harta itu daripada orang-orang yang kaya di kalangan mereka dan diberikan pula kepada golongan-golongan yang miskin di kalangan mereka.

Hadis ini memberi pengertian bahawasanya yang berhak mendapat wang zakat adalah daripada golongan asnaf di dalam negeri tersebut sahaja. Adapun jika sekiranya selepas diberikan wang zakat itu kepada asnafnya kepada orang-orang di negeri tersebut tetapi masih mempunyai lebihan wang zakat yang nyata. Maka barulah boleh difikirkan ke arah memberikan wang zakat itu kepada asnaf yang lapan juga, kepada yang di luar negeri.
Wallahuaklam.
Status Penwartaan:
Tidak Diwartakan

Garis Panduan Pengumuman & Iklan Di Masjid

Garis Panduan Pengumuman & Iklan Di Masjid. sila baca garispanduan membuat hebahan atau iklan di masjid perlis.
A. PENGUMUMAN DAN IKLAN DI DALAM MASJID

i. Pengumuman dan iklan yang menzahirkan kepentingan peribadi seperti mencari barang hilang adalah DILARANG kerana adanya hadis yang menegah perbuatan tersebut.
ii. Pengumuman dan iklan yang berkaitan perniagaan seperti pakej haji dan umrah, pakej aqiqah adalah DILARANG kerana adanya hadis yang menegah perbuatan tersebut.
iii. Pengumuman dan iklan berkaitan perkara ketaatan yang disyariatkan seperti pengumuman solat Hari Raya, solat jenazah, majlis berbuka puasa dan lain-lain yang berunsurkan keagamaan adalah DIBENARKAN.

B. PENGUMUMAN DAN IKLAN DI LUAR MASJID

iv. Papan kenyataan dan papan iklan elektronik hendaklah diletakkan di bahagian luar masjid dan seelok-eloknya di kiri dan kanan pintu masuk masjid untuk memudahkan pengumuman itu dilihat.
v. Semua pengumuman dan iklan bertulis seperti pengumuman barang-barang yang hilang di kawasan masjid, majlis perkahwinan, pakej haji dan umrah, pakej aqiqah dan pakej ibadat korban yang bertujuan perniagaan adalah DIBENARKAN.

C.PENGUMUMAN DAN IKLAN DI PAGAR MASJID

vi. Pengumuman dan iklan berunsurkan program-program keagamaan yang disyariatkan seperti pengumuman Qiyam Ramadan berjemaah, pengumuman majlis berbuka puasa, kelas kursus haji dan umrah adalah DIBENARKAN.
vii. Sebarang pengumuman dan iklan bergambar yang tidak bersesuaian adalah DILARANG.
viii. Pengumuman dan iklan yang dibuat hendaklah tidak menimbulkan perpecahan di antara umat Islam serta mengelirukan sesetengah pihak.

 KEPUTUSAN INI TELAH DIPERAKUKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS DALAM MESYUARAT BILANGAN 6/2011 PADA 9 DISEMBER 2011 BERSAMAAN 13 MUHARAM 1432H. KEPUTUSAN INI JUGA TELAH DISEMBAH MAKLUM KEBAWAH DYMM TUANKU RAJA PERLIS

http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/253-garis-panduan-pengumuman-a-iklan-di-masjid

Hukum Eksploitasi Iklan Terhadap Wanita

Hukum Eksploitasi Iklan Terhadap Wanita, hukum guna wanita sebagai bahan iklan dan sebagainya, apa pandangan Islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H

 Hukum Eksploitasi Iklan Terhadap Wanita

Islam meletakkan kedudukan wanita pada kedudukan yang tinggi dan tidak sewajarnya mereka dijadikan sebagai bahan eksploitasi demi keuntungan pihak-pihak tertentu. Fenomena pengiklanan pada masa kini yang mempamerkan aurat adalah menyalahi syariat Islam Islam. Sehubungan itu :

  • Umat Islam khususnya kaum wanita dilarang daripada terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syarak.
  • Pihak Kerajaan, pengamal media dan masyarakat keseluruhan hendaklah bergabung tenaga untuk membendung perkara ini daripada terus merebak.
  •  
  •  
  • http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/316-hukum-eksploitasi-iklan-terhadap-wanita

Fatwa Tempoh Kehamilan

Fatwa Tempoh Kehamilan . 
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-7 : 17 September 2012 / 1 Zulkaedah 1433H


Tempoh Kehamilan

"Tempoh maksima kehamilan mengikut kebiasaan ialah sekitar 288 hari, kecuali dibuktikan sebaliknya oleh pakar perubatan yang bertauliah. Manakala, tempoh minima kehamilan yang dijangka boleh hidup ialah selama 154 hari."

Rujukan dan sumber
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-muamalat/320-tempoh-kehamilan

Hukum Aktiviti Sukan Yang Mendedahkan Aurat

Hukum Aktiviti Sukan Yang Mendedahkan Aurat   Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-7 : 17 September 2012 / 1 Zulkaedah 1433H

Hukum Aktiviti Sukan Yang Mendedahkan Aurat

"Hukum aktiviti yang mendedahkan aurat adalah TIDAK DIHARUSKAN seperti sukan Pertandingan Bina Badan dan seumpamanya."

Hukum Membuat Binaan Di Atas Kubur

Hukum Membuat Binaan Di Atas Kubur, apakah hukum buat binaan, batu dan sebagainya, lihat fatwa jabatan mufti Perlis.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-7 : 17 September 2012 / 1 Zulkaedah 1433H

Hukum Membuat Binaan Di Atas Kubur

"Hukum membuat binaan di atas kubur adalah dilarang/tidak dibolehkan."

Apakah pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah

Apakah pengertian Ahli al-Sunnah Wal Jamaah, Pengertian Sunnah ialah Sunnah Rasulullah s.a.w., pengertian Jemaah ialah kumpulan Sahabat dan Tabien yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Pengertian Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah kumpulan orang Islam yang berpegang kepada al-Quran, al-Sunnah dan pendapat para Sahabat yang bersepakat di atas kebenaran yang nyata dari Kitab Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Mazhab-mazhab Fekah ialah aliran hukum Syarak yang sah didasarkan di atas tafsiran tertentu terhadap nas-nas Syarak oleh ulama Mujtahidin mengikut kaedah Istinbat yang muktabar. Majlis tidak terikat kepada mana-mana satu mazhab tertentu. Di dalam Mazhab mana pun yang jelas dan nyata pendapat mereka itu dari kitab Allah atau Sunnah Rasulnya atau Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. maka Majlis sedia menerima dan beramal dengannya. Adapun Mazhab-mazhab ssperti Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali pada pandangan rasmi Majlis adalah terhitung di dalam Mazhab-mazhab yang muktabar yang tergolong di dalam istilah Ahli Sunnah Wal Jemaah. Majlis Agama Islam Perlis memang berpandukan kepada Mazhab itu dan mengambil pendapat-pendapat mereka yang ada alasan daripada Al-Quran, As-Sunnah dan Jemaah Sahabat Rasulullah s.a.w. Pengertian ini berdasarkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah

Keterangan/Hujah:

DALIL-DALIL DARIPADA AL-QURAN:-

1. Firman Allah S.W.T. dalam Surah at-Taubah ayat 100:

Maksudnya: Dan orang-orang yang terdahulu - yang mula-mula (berhijrah memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar", dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta ia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.

2. Firman Allah S.W.T. di dalam Surah al-An"am ayat 153:

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanku (Agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai beraikah kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.

DALIL-DALIL DARIPADA AL-HADIS

1. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Sariah ( ) r.a. berkata: Sabda Rasulullah s.a.w.: Aku berwasiat kepada kamu dengan takutkan Allah Taala dan mendengar ajaran dan bertaat akan pemerintah walaupun hamba Habsyi, maka sesungguhnya mereka yang panjang umurnya hidup ia hingga kemudian daripada aku, tentu lihat ia akan bersalah-salahan yang banyak, ketika itu lazimlah kamu berpegang sunah aku dan sunah segala Khalifah-khalifah yang menunjuk mereka itu akan jalan yang sebenar, perpeganglah kamu dengannya dan gigitlah kamu akan dia dengan geraham kamu, maknanya berpegang teguh dan jauhkan kamu dari perkara-perkara yang dibaharukan (yang bukan daripada sunah nabi), maka bahawasanya tiap-tiap yang bukan sunah nabi itu bid"ah dan tiap-tiap bid"ah itu sesat dan tiap-tiap sesaat itu di dalam neraka. (Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)

2. Sabda Rasulullah s.a.w:

Ertinya: Dari Ibnu Mas"ud r.a. Sabda Rasulullah s.a.w.: Sebaik-baik manusia ialah kurunku (Zaman Nabi) kemudian zaman mereka yang datang sesudahnya (zaman Sahabat) kemudian zaman mereka yang sesudahnya (zaman Tabien) dan sesudah itu datanglah zaman orang yang suka memperlambangkan kebohongan dan janganlah kamu bergantung kepada perkataan dan perbuatan mereka. (Hadis Riwayat at-Tabrani)

Dalam menimbang untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis berpandukan Fatwanya itu atas dasar-dasar yang di bawah ini mengikut keutamaan seperti berikut:


  1. Al-Quran al-Karim.
  2. Hadis Sahih.
  3. Ijma"Sahabat.
  4. Fatwa Sahabat yang lebih hampir kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.
  5. Hadis Mursal dan Daif.
  6. Qiyas ketika darurat.
  7. Mashalih al-Mursalah.
  8. Saddu Zarai".
  9. Istihsan dan Istishab.
  10. U"ruf.
  11. Qawaid Fiqhiah.

Hukum Orang Yang Memeluk Agama Islam Kembali Kepada Agama Asalnya

Hukum Orang Yang Memeluk Agama Islam Kembali Kepada Agama Asalnya , Masalah wanita yang memeluk agama Islam telah kembali kepada agama asalnya dan meminta ditukarkan semula kepada nama asalnya iaitu sebelum Islam.

Hukum wanita itu adalah murtad dan hendaklah disuruh istitab (taubat dalam masa tiga hari) dan jika masih tidak berbuat demikian, mengikut hukum Islam hendaklah dibunuh. Tetapi kerana undang-undang Islam tidak dijalankan sepenuhnya di negara ini, maka ianya tidak boleh dijalankan.

Mengikut pendapat imam Abu Hanifah, orang itu hendaklah dipenjarakan sehingga mati.

Manakala masalah nama pula, jika telah keluar Islam maka hilanglah tanggungjawab Islam pada perkara ini.

sumber
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/55-hukum-orang-yang-memeluk-agama-islam-kembali-kepada-agama-asalnya

Hukum Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap

Hukum Seorang Yang Mengaku Bukan Islam Kerana Mengelak Dari Ditangkap Atau Sebab-sebab Lain. Keputusan: Takrif Murtad , Berpaling dari agama Islam kepada agama kufur samada dengan niat atau perbuatan atau perkataan yang membawa kepada kufur samada secara persendaan, engkar atau iktiqad. Berkata Imam al-Ghazali 'Adapun hakikat riddah ialah pengucapan dengan perkataan kufur secara persendaan atau iktiqad atau engkar, manakala daripada perbuatan ialah menyembah berhala, sujud kepada matahari, demikian juga mencampakkan al-Quran ke tempat kotor dan setiap perbuatan yang jelas menghina agama dan demikian juga ahli sihir dihukum bunuh sekiranya apa yang digunakan untuk sihir itu adalah kufur seperti menyembah matahari atau seumpamanya'.

Perkara-perkara Yang Boleh Menyebabkan Murtad

a) Perkataan
Sebarang perkataan yang jelas boleh membawa kepada kufur adalah dihukum kufur (riddah) orang yang mengucapkannya.

Firman Allah dalam surah at-Taubah ayat 65 dan 66 :
Yang bermaksud : 'Patutkah nama Allah dan ayatNya serta Rasul Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya? Janganlah kamu berdalih (dengan alas an-alasan yang dusta), (kerana) sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu (melahirkan) iman..'.

Di antara contoh-contoh perkataan yang membawa kepada kufur adalah seperti berikut :

  1. Engkar sesuatu yang diketahui daripada agama (islam) secara darurat seperti mengengkari keesaan Allah, kewujudan Malaikat, Kenabian Nabi Muhammad S.A.W dan seumpamanya.
  2. Menghalalkan apa yang diharamkan secara ijma".
  3. Mengharamkan apa yang dihalalkan secara ijma".
  4. Mencela Nabi Muhammad S.A.W atau Nabi-nabi lain atau mengejek mereka.
  5. Mencela agama Islam, menghina al-Quran dan as-Sunnah dan tidak beramal dengan keduanya.
  6. Mendakwa wahyu turun kepadanya.
  7. Merendah-rendahkan nama Allah dan perintah Nya.

b) Perbuatan
Di antara perbuatan yang boleh membawa kepada riddah ialah :
  1. Mencampakkan Mashaf al-Quran atau Kitab Hadis Rasulullah S.A.W ke tempat-tempat kotor dengan tujuan menghina.
  2. Sujud kepada makhluk seperti berhala, matahari, bulan dan sebagainya.
  3. Tidak mengamalkan hukum-hukum al-Quran dan as-Sunnah kerana menggangapnya tidak sesuai dengan zaman sekarang.

c) Niat
Contohnya ialah seperti berazam untuk kafir pada hari esok atau teragak-agak untuk melakukannya. Niat seperti itu menyebabkan orang itu kufur ketika itu juga.

Syarat-syarat Sah Seseorang Dikira Murtad

Para Ulama" bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad.
i) Berakal tidak sah murtad orang gila dan kanak-kanak.
ii) Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman.

Masalah
Perkara yang berlaku sekarang itu mungkin disebabkan kejahilan atau perasaan takut dan marah bukan dengan niat si pelakunya untuk murtad, kerana kebiasaannya mereka itu tetap melakukan amalan-amalan Islam walaupun selepas mengucapkan perkataan tersebut. Perkara ini boleh dicontohkan seperti berikut :

i) Seseorang (remaja contohnya) apabila selalu dinasihati dan dimarahi tentu akan merasa tertekan dan marah, oleh itu kemarahannya dilahirkan dengan kata-kata sedemikian rupa bagi mengembirakan perasaannya walaupun hatinya tetap dengan Islam dan perbuatan tersebut dilakukan samada kerana jahil atau kerana tekanan perasaan yang amat sangat.

ii) Seseorang yang ditangkap di atas kesalahan jenayah dalam syara' mungkin juga berada didalam ketakutan atau malu. Oleh itu dia cuba mengelak daripada ditangkap dengan mengaku bukan Islam samada kerana jahil tentang hukum pengakuan tersebut atau tahu tentang hukumnya tetapi dilakukan juga sebagai helah supaya tidak ditangkap, kemudia dia pun mengucap kembali dua kalimah syahadah.

Pertimbangan
Walau apa pun alas an sebab seseorang itu melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan murtad, namun zahir hokum syara' adalah jelas bahawa perkataan dan perbuatan sedemikian boleh membawa kepada riddah yang sangat merbahaya. Akan tetapi untuk menghukum seseorang itu telah murtad kita perlu berhati-hati.

Berkata Syed Sabiq 'Seseorang Islam tidak dikira hukum riddah kecuali apabila telah lapang dadanya dengan kufur dan tenang hati dengannya dan masuk ke dalamnya (kufur) dengan sebenarnya'.

Berdasarkan Firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 106 :
Yang bermaksud : 'Akan tetapi (yang dikira kafir) seseorang yang lapang dadanya dengan kufur'.

Sabda Rasulullah S.A.W :
Yang bermaksud : 'Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat dan bagi setiap seseorang apa yang diniatkannya'.

Dan kerana hati adalah suatu yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, maka tidak dapat tidak mestilah timbul apa yang jelas menunjukkan kekafirannya dengan Dalil Qat"ie yang tidak boleh ditakwilkan lagi sehingga dinasabkan kepada Imam Malik dimana beliau berkata : yang bermaksud 'Apabila timbul darinya (seseorang) apa yang memungkinkan kufur daripada 99 wajah (cara) dan terdapat apa yang memungkinkan iman dari satu wajah (cara), maka dikira urusannya di atas iman'.

Fatwa Tentang Ajaran Qadiani

Fatwa Tentang Ajaran Qadiani , Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis yang bersidang pada Selasa 12 Oktober 2010 mengenai ajaran Qadiani memutuskan: Ajaran Qadiani adalah satu ajaran yang menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. 

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran Qadiani, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, sosial, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.

Orang-orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual, termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran Qadiani dengan ajaran Islam yang sebenar.

*Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010.

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu 1Malaysia

Pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Berkaitan Pembinaan Tugu “1Malaysia” .
Membina replika tugu ‘1Malaysia’ adalah ditegah kerana ia mengandungi unsur penghormatan yang dikhuatiri boleh menjurus kepada pemujaan al-Ansab sebagaimana yang ditegah di dalam surah al-Maidah ayat 90:
 

Mafhumnya: “Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-Ansab (menyembah berhala) dan a-Azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”

Tegahan ini juga berdasarkan kaedah Sadd al-Zara’i (menutup pintu kemudharatan) bagi memelihara kemurnian akidah, ini sebagaimana larangan Baginda SAW terhadap para sahabat yang ingin menjadikan pokok Zat Anwath sebagai tempat berkumpul. (Hadith riwayat al-Tirmizi dan katanya: “Hadith ini Hasan Sahih”. Ia juga dinilai Sahih oleh al-Haithami, Ahmad Syakir dan al-Albani)

Selain daripada itu kewajaran tegahan ini juga dilihat dari sudut pembaziran yang diharamkan oleh Islam.   
--------------------------------
Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 19 April 2011. Keputusan ini juga telah disembah maklum kepada DYMM Tuanku Raja Perlis.

Hukum Menyambut Perayaan Songkran

Hukum Menyambut Perayaan Songkran.  Hukum umat Islam menyambut, meraya atau menyertai perayaan Songkran adalah haram kerana ia merupakan perayaan agama Buddha.

KEPUTUSAN INI TELAH DIPERAKUKAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS DALAM MESYUARAT BILANGAN 4/2011 PADA 23 OGOS 2011 BERSAMAAN 23 RAMADAN 1432H. KEPUTUSAN INI JUGA TELAH DISEMBAH MAKLUM KEBAWAH DYMM TUANKU RAJA PERLIS

http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/251-hukum-menyambut-perayaan-songkran

Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah

Hukum Ajaran Atau Fahaman Syiah .  Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-5 – 20 Februari 2012/27 Rabiulawwal 1433H

Mesyuarat mengambil perhatian bahawa terdapat keputusan majoriti dan minoriti bagi perkara ini. Keputusan majoriti bersetuju dengan keputusan berikut :
“Ajaran dan fahaman Syiah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran Islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.

Oleh itu, umat Islam adalah dilarang mengamal ajaran, pegangan dan fahaman ajaran dan fahaman Syiah, menjadi ahli, mengetuai, memimpin, memberi ceramah, mengadakan kelas pendidikan dan pembelajaran, mengadakan apa-apa aktiviti ekonomi, social, program persembahan kesenian dan kebudayaan serta aktiviti-aktiviti lain yang bertujuan untuk menghidup, menyebar dan mengembangkan ajaran ini.
Orang Islam adalah dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual termasuk mengedarkan filem, rakaman audio, pamplet, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah dan apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran atau fahaman Syiah dengan ajaran Islam yang sebenar.”

Namun mesyuarat juga bersetuju untuk memasukkan pandangan Yang Berbahagia Sahibul Fadhilah Dato’ Alim Setia Ustaz Ahmad Bin Jusoh dengan penambahan sighah pada perenggan pertama, dicatat sebagai pandangan minoriti (pandangan kedua) seperti berikut :

“Ajaran dan fahaman Syiah Rafidhah adalah suatu ajaran yang bercanggah dan menyalahi ajaran islam yang sebenar. Para penganutnya dikira sesat dan boleh terkeluar dari Islam. Fahaman ini perlu disekat keseluruhannya daripada berkembang.”

Penggunaan Nama Allah oleh Orang Bukan Islam

Penggunaan Nama Allah oleh Orang Bukan Islam, Mesyuarat Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis bil. 1/2008. Tarikh: 14 - 15 Jun 2008, memutuskan:

"Tiada halangan bagi orang bukan Islam menyebut nama Allah atau memanggil nama Tuhan dengan nama Allah."

Sumber

http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/334-penggunaan-nama-allah-oleh-orang-bukan-islam