Khamis, 7 Februari 2013

Konsep pembangunan Perlis 2030

Konsep pembangunan Perlis 2030. Wawasan pembangunan Negeri Perlis 2030 adalah “PERLIS NEGERI BANDARAYA” yang berteraskan kepada kriteria pembangunan dalam acuan sendiri. “PERLIS NEGERI BANDARAYA” merupakan aspirasi pembangunan dengan menerapkan ciri-ciri positif di dalam kehidupan bandar agar dapat dinikmati penduduk Negeri Perlis.
 
Matlamat pembangunan Negeri Perlis 2030 adalah “MENGANTARABANGSAKAN NEGERI PERLIS 2030” melalui pembangunan ekonomi asas wilayah kukuh ke arah kualiti hidup tinggi di dalam lingkungan persekitaran mampan.

Berdasarkan kepada wawasan dan matlamat pembangunan, konsep pembangunan “BERTUMPU DAN KORIDOR UTAMA” dijadikan sebagai asas dalam merancang pembangunan guna tanah Negeri Perlis sehingga tahun 2030. Konsep pembangunan ini menekankan kepada pembangunan mampan, ‘smart growth’, pembangunan ‘infill’, ‘brownfield’ dan dibangunkan secara terkawal.

 Pelan Strategik Negeri Perlis 2030 adalah merupakan pelan indikatif yang menggariskan secara am berhubung cadangan pemajuan dan penggunaan tanah Negeri Perlis sepanjang tempoh perancangan yang berdasarkan Konsep Pembangunan Bertumpu dan Koridor Utama. Secara umumnya, ianya memaparkan hasil terjemahan dasar dan pernyataan bertulis keseluruhan serta unjuran keperluan tanah pembangunan ke dalam bentuk spatial.
 5 projek ‘flagship’ utama yang dicadang untuk dilaksanakan sepanjang tempoh RSN yang mampu menyokong kepada pengukuhan ekonomi, fizikal dan alam sekitar Negeri Perlis adalah :-
  • Kuala Perlis
  • Zon Ekonomi Khas Padang Besar
  • Infrastruktur Bertaraf Dunia
  • Penjenamaan Semula Kangar kepada Kangar Maya
  • Destinasi Pelancongan Antarabangsa
Sumber : http://www.townplan.gov.my/devo/content.php?ID=164