Khamis, 29 Ogos 2013

Waktu Solat Perlis Hari Ini

Waktu solat negeri Perlis hari ini

Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013

Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013, MB Perlis Azlan Man menyertai rakyat Perlis mengagihkan bendera jalur gemilang di Perkarangan Stadium Utama Kangar Perlis, pada rabu 28 Ogos 2013, dan kebetulan pada hari berkenaan hari pasar malam. Pasar kangar di adakan setiap rabu dan merupakan pasar malam terbesar di Perlis

Gambar

Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013
Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013
Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013, azlan man, merdeka perlis 2013, sambutan merdeka
Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013, azlan man, merdeka perlis 2013, sambutan merdeka
Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013, azlan man, merdeka perlis 2013, sambutan merdeka
Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013, azlan man, merdeka perlis 2013, sambutan merdeka
Aktiviti Kempen Kibar Bendera MB Perlis 2013, azlan man, merdeka perlis 2013, sambutan merdeka

Rabu, 28 Ogos 2013

PRODUK THAILAND BERLAMBAK DI PADANG BESAR PERLIS


PRODUK THAILAND BERLAMBAK DI PADANG BESAR PERLIS
PRODUK THAILAND BERLAMBAK DI PADANG BESAR PERLIS, Ramai suka membeli belah di padang besar, Bandar utara Perlis sering dikunjungi pelancong dari perbagai tempat di malaysia, malah pelancong luar pun ada mai shopping di padang besar.

Kedai dan bazzar di padang besar penuh sesak bila hujung minggu, banyak bas pelancong akan berderet parking tepi jalan. Namun begitu kebanyakan barang yang di jual adalah barang Thailand. Kita harap kerajaan negeri ambil langkah pro aktif untuk mengerak penduduk perlis hasilkan produk sendiri dengan kos murah dan berkualiti

Mana pelam perlis, anggur perlis, batik perlis, t shirt perlis, kain perlis, kraf perlis, wau perlis, jeruk perlis, kacang perlis, dan perbagai hasil tradisional kampung. kita mau duit pelancong masuk poket orang kampung perlis

Tasik Melati

Tasik Melati perlis
Tasik Melati terletak 8 km ke utara Kangar di dalam kawasan seluas 10 hektar. Sementara tasik seluas 4.5 hektar ini terletak di kawasan tanah jenis paya / gambut. Terdapat lebih dari 150 buah pulau kecil di sekitarnya yang boleh dilawati dengan menggunakan bot atau sampan.

Tasik Melati terletak di utara Kota Kangar, Perlis. Ia adalah sebuah tasik yang kecil tapi indah. Ia mendapat namanya melalui bunga teratai yang terapung-apung di atas air. Tasik buatan manusia ini menjadi kesukaan orang ramai untuk berkelah, dan juga agak sesuai untuk menenangkan fikiran

Bukit Ayer Sungai Batu Pahat perlis

Bukit Ayer Sungai Batu Pahat perlis
Bukit Ayer terletak di Sungai Batu Pahat, Perlis. Bersesuaian dengan kesegaran persekitaran dan kesuburan tumbuhan hijau serta kedinginan air terjun, Bukit Ayer lengkap untuk dijadikan tarikan kepada sesiapa yang sememangnya cintakan alam semulajadi. Ia merupakan tempat yang paling baik untuk pengunjung sekeluarga menjalankan aktiviti perkemahan serta berkelah di sini. Disamping itu juga terdapat kemudahan awam disediakan bagi memudahkan pengunjung yang berkunjung ke sini.

Hutan Lipur Bukit Ayer terletak 12 km dari Bandar Kangar. Beberapa kemudahan disediakan untuk seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan, taman permainan kanak-kanak dan kemudahan tempat letak kereta. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.

Syarat Kemasukan kolej universiti islam perlis

Syarat Kemasukan kolej universiti islam perlis
  • Syarat Asasi
    • Memiliki Sijil Pelajaran Menengah Am
    • Lulus dengan mendapat sekurang-kurangnya 70% dalam matapelajaran akademik.
    Diploma
    • Memiliki Sijil atau kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat ATAU
    • Lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2010 atau lebih awal dengan mendapat PNGK sekurang-kurangnya 2.00 DAN Gred C (NGMP 2.00)
      dalam Pengajian Am
    Program Pra Siswazah
    • Menyempurnakan 11 atau 12 tahun pendidikan dalam 3 peringkat sekolah (Sekolah Rendah, Perantaraan Sekolah Menengah, dan Persediaan Sekolah Menengah)
    • Lulus dengan mendapatkan sekurang-kurangnya 60% di Sekolah Menengah Persediaan.
    • Mendapat TOEFL 525 / IELTS 5.5 / Setaraf (Calon yang tidak memiliki kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya sebagai TOEFL 525 / IELTS 5.5 dikehendaki untuk
      menjalani Kursus Intensif Bahasa Inggeris selama enam (6) bulan dalam KUIPs).
    • Keperluan lain yang telah disahkan oleh Senat Universiti.
    Program Pasca Siswazah
    • Pemohon bagi Program Sarjana perlu memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan kursus.
    • Pemohon untuk program Doktor Falsafah perlu memiliki Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan kursus.
    • Memenuhi syarat keperluan Bahasa Inggeris.

projek Uniciti Alam UNIMAPs sungai chuchoh perlis

projek Uniciti Alam, UNIMAPs ,sungai chuchoh perlis
PADANG BESAR, 22 Ogos (Bernama) -- Kampung Sungai Chuchoh dekat sini, yang dahulunya sebuah perkampungan terpencil berhampiran sempadan Thailand, bakal berubah wajah apabila pembinaan projek Uniciti Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) siap penghujung tahun ini.

Projek bernilai RM150 juta itu dibina di kawasan seluas 9.6 hektar, yang antara lain membabitkan pembinaan enam blok pangsapuri tujuh tingkat dan dua blok pangsapuri lapan tingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wilayah, Koridor, Pertumbuhan Baru dan Bandar Baru Perlis Sabry Ahmad meninjau projek yang turut menempatkan kolej kediaman pelajar UniMAP hari ini.

Projek itu, yang bermula dua tahun lepas dan dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat tempatan iaitu Proven Holding Sdn Bhd, menyediakan 480 unit pangsapuri, 83 rumah kedai dan bangunan pejabat di blok setinggi tiga dan empat tingkat.

Dalam tinjauan itu, Sabry diberi taklimat oleh Naib Canselor UniMAP Profesor Datuk Dr Kamarudin Hussin.

Sabry berkata pembinaan bangunan bagi projek itu dilaksana di bawah konsep pasang siap dengan setiap unit pangsapuri dijual pada harga RM168,800 sementara rumah kedai pula berharga RM850,000 seunit.

projek Uniciti
 
Beliau berkata projek itu dilengkapi pelbagai kemudahan asas termasuk surau, parkir, padang permainan, hentian bas, hotel bajet serta hentian rawat dan rehat (R&R) bagi kemudahan orang ramai, khususnya pelancong yang melalui kawasan itu untuk ke pekan sempadan di Wang Kelian atau Padang Besar.

Sabry berkata bandar baharu itu boleh diperluas jika pemilik memberi kebenaran tanah mereka seluas 20 hektar di kawasan sekitar dimajukan.

Beliau berkata pembangunan di situ tidak mengganggu alam sekitar atau mengakibatkan sumber air walaupun kedudukannya tidak jauh dari kawasan tadahan Empangan Timah Tasoh.

Sementara itu, Kamarudin berkata pada 1 Sept ini, sejumlah 1,200 pelajar UniMap termasuk 200 pelajar antarabangsa, akan menjadi penghuni perintis Uniciti dan jumlah itu akan bertambah kepada 15,000 orang menjelang 2015, dan 25,000 pada 2020.

Selain penginapan pelajar, Uniciti akan menempatkan pusat pengajian dalam bidang teknologi kejuruteraan serta kejuruteraan pertanian daripada keseluruhan 16 bidang pengajian yang ditawar UniMAP.

Sumber -- BERNAMA

Selasa, 27 Ogos 2013

JKKK Perlu bantu Kerajaan Bangun Perlis

JKKK Perlu bantu Kerajaan Bangun Perlis
KANGAR - Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) perlu menggunakan kekuatan yang mereka miliki sebagai pendekatan bagi membantu menjayakan pembangunan negeri, kata Menteri Besar Perlis Azlan Man.
  
Beliau berkata JKKK berperanan besar kepada pembangunan negeri, malah input yang mereka keluarkan boleh membantu penambaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam.
  
Berucap pada majlis penyampaian elaun JKKK Perlis bagi bulan April di sini hari ini, Azlan berkata JKKK adalah jentera penting di peringkat kampung kerana mereka menjadi penghubung antara masyarakat dan kerajaan.
  
Sehubungan itu, beliau berharap JKKK tidak menjadikan kelemahan tertentu dalam pentadbiran sebagai indikator yang menghalang mereka membantu membangunkan negeri.
  
Azlan berkata pembangunan negeri Perlis telah mengorak langkah yang jauh lebih baik malah tanggungjawab JKKK bukan sekadar membawa pembangunan di kampung tetapi juga membantu memperkukuh perpaduan.

"JKKK perlu jalankan tugas dengan profesional dan ikhlas. Mereka perlu menunjukkan kebolehan memimpin selangkah lebih tinggi daripada yang dipimpin," katanya.
  
Beliau berkata JKKK perlu mempertingkat ilmu kepimpinan sejajar kedudukan Perlis sebagai hab ilmu.
  
"Ilmu tak semestinya menuntut setiap JKKK mempunyai ijazah, tetapi adalah mencukupi sekadar mempunyai ilmu memimpin masyarakat peringkat akar umbi," katanya.
  
Azlan juga berkata Perlis meletak sasaran menjadi negeri maju menjelang 2015 serta negeri bandaraya pada 2030 dan JKKK adalah antara jentera yang bertanggungjawab membantu menjayakan wawasan itu. - Bernama

Chalet dan homestay murah di Perlis

hotel budget natalia simpang empat perlis
Hotel Natalia Spg 4 Perlis
Ramai akan mai di perlis tahun 2014, pasai nak pulun main sukan Malaysia di perlis tahun depan, Senarai homestay dan chalet yang sempat saya kumpul, klik sini.

Manakala di Pekan simpang Empat Perlis, ada hotel budget dan homestay pokok Buluh dan di Kuala Sungai Baru pula ada Chalet Persatuan Nelayan.
Chalet dan homestay murah di Perlis, poko buluh spg 4 perlis

Homestay Tambun Tulang
Homestay Tambun Tulang

Homestay Tambun Tulang Arau Perlis
No. 1, Lorong 4
Taman Cempaka Putih
Tambun Tulang
02600 Arau Perlis

Hubungi kami:
Ridzuan - 0124197357
Zairina - 0174696110

LAIN LAIN SENARAI HOMESTAY PERLIS

Homestay aliya. 
No 2, lorong 3, taman seri bakau, 01000 kangar, perlis. 
no hp : 014 902 5450

farah najwa. homestay

Taman Sri Bakau. lot tepi. 3 bilik. 2 bilik air. 1 air cond. ada semua brang kecuali mesin basuh... terletak dalam kangar...    

Chalet Aqua In, Pengkalan Asam, Sungai Perlis
Tel 0124594498, En. zainon
2 bedrooms, 1 living room, 1 toilet, kitchen
Rate: RM120 / night

Noorazwa bt Ishak
No.23 Jalan Firdaus 6
Taman Seri Firdaus
Kangar
Tel:019 5603402

Guest House UiTM Arau
Tel: 04-9861001.
Rate: RM60 - RM180

Syarikat Zulam Budget Motel
Kedai No.3 & 4,
Taman Gasing,
Rancangan Perumahan Awam Jejawi,
01000 Kangar,
Perlis
Tel:/Fax: 04-9781125
H/P: 012-4921499 (Amnah Din)

Saloma Villa Homestay and Roomstay, Jejawi
No. 50, Taman Repoh. Jalan Kangar - Arau, Perlis (1 km from Kangar)
Tel: 04-9782230 / 017-5017476 / 017-4719394

Every room complete with:
1) Towel
2) Soap
3) Shampoo
4) Sejadah
5) Fan

Living room complete with:
1) 2 sets sofa
2) Home video karaoke TV
3) Washing Machine
4) Bicycle Exercise
5) Guest Dining Table
6) Toys for children
7) Magazine

Kitchen complete with:
1) Refrigerator
2) Electric Keetle
3) Toaster
4) Dining Set
5) Dining Table
6) Cooker


Pak Yop Homestay,
No. 25, Jalan Cemerlang 3
Taman Guru Jaya, Kangar, Perlis
01000 Kangar
Perlis
Contact Person: Pak Yop
Phone: 012-4746131
Handphone: 019-4727500


 

Ahad, 25 Ogos 2013

Kelayakan masuk IPTIPS

Kelayakan masuk IPTIPS

Kelayakan masuk IPTIPS , 

DIPLOMA PENGAJIAN ISLAM

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 3 kredit serta lulus Bahasa Melayu & Bahasa Arab; atau
  • Lulus Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); atau
  • Lulus Sijil Tinggi dari mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan; atau
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

DIPLOMA KEWANGAN ISLAM

  • Lulus SPM atau setaraf dengan 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran, termasuk lulus matematik; atau
  • Lulus STAM / STPM atau yang setaraf dan lulus matematik peringkat SPM; atau
  • Lulus Sijil Tinggi dari mana-mana Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang diiktiraf dalam bidang berkaitan.
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh kerajaan Malaysia

PROGRAM SIJIL BAHASA ARAB

  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 1 kredit dan lulus mata pelajaran Bahasa Arab; atau
  • Kelayakan-kelayakan yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia

PROGRAM STAM

  • Mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya lulus Bahasa Arab

Cara memohon untuk memasuki IPTIPs.

Cara memohon untuk memasuki IPTIPs.
Cara memohon untuk memasuki IPTIPs. Institut Pengajian Tinggi Islam Perlis
  1. Muat turun Borang Kemasukan IPTIPs di sini.
  2. Isi borang tersebut dengan LENGKAP, sertakan salinan Kad Pengenalan, sijil yang berkenaan seperti salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang disahkan dan sijil-sijil lain yang berkaitan.
  3. Poskan borang bersama salinan sijil ke alamat di bawah:

    Insitut Pengajian Tinggi Islam Perlis, Jalan Guar Jentik, 02400 Beseri, Perlis.

    atau scan borang dan sijil dan hantar melalui emai di: info@iptips.edu.my
  4. Anda akan dihubungi melalui telefon dan surat tawaran akan diposkan ke alamat pemohon. Maklumat berkenaan pendaftaran, tarikh pendaftaran beserta yuran pengajian akan disertakan.
  5. Datang pada Hari Pendaftaran untuk mendaftar.
Untuk pertanyaan dan keterangan lanjut anda boleh telefon IPTIPs : 04 9384801 atau Email IPTIPs di: info@iptips.edu.my dan hubungi kami.

logo dan maskot sukma perlis 2014

logo dan maskot sukma perlis 2014

LOGO SUKMA PERLIS

logo dan maskot sukma perlis 2014

MASKOT SUKMA PERLIS

logo dan maskot sukma perlis 2014

Lirik LAGU TEMA SUKMA XVII PERLIS 2014

Lirik LAGU TEMA SUKMA XVII PERLIS 2014

SATU HARAPAN SATU IMPIAN (SUKMA KANGAR 2014)

Bersemangat waja
Satu harapan satu impian
Menjulang juara

Melakar sejarah
Kemenangan dicipta
Berjuang tak kenal putus asa

Gagah di gelanggang perkasa
Semangat waja penuh satria

Lautan luas direnangi
Puncak yang tinggi didaki
Kibarkan jalur gemilang

Merentasi benua
Melebarkan sayap
Untuk menggapai bintang-bintang

Megah dipersada dunia
Layarkan bahtera juara

Di sini ku berdiri berikrar dan berjanji
Berlari terus berlari
Hingga ke akhir garisan
Capai cita dan harapan
Menuju kejayaan

Juara... Juara
Jadilah juara

Tempat Tinggal atlit sukma perlis

Tempat Tinggal atlit sukma perlis
VENUE PENGINAPAN SUKMA XVII PERLIS 2014
SUKAN PENGINAPAN ATLET VENUE PERTANDINGAN JARAK (KM) MASA (MIN)
Akuatik
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Angkat Berat
IKBN Kuala Perlis
IKBN Kuala Perlis
-
-
Badminton
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Berbasikal (Trek)
UniMap Wang Ulu
Sungai Batu Pahat
13
20
Berbasikal (BMX)
Sungai Batu Pahat
13
20
Berbasikal (Lebuh Raya)
Kangar
10
15
Bola Sepak
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
UiTM Arau
-
-
Gimrama
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
-
-
Golf
UniMap Wang Ulu
Kelab Golf Batu Pahat
13
20
Hoki (L)
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Hoki (W)
UniMap Wang Ulu
SMK Kuala Perlis
12.5
17
Kanu
UniMap Sungai Chuchuh
Tasik Timah Tasoh
10
8
Karate
UiTM Arau
Kolej Matrikulasi Perlis
2.2
5
Boling Padang
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Memanah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
-
-
Menembak
UniMap Wang Ulu
Sungai Batu Pahat
13
20
Olahraga
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Pencak Silat
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Petanque
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Perahu Layar
UniMap Sungai Chuchuh
Tasik Timah Tasoh
10
8
Sepak Takraw
UiTM Arau
Dewan 2020 (Kangar)
11.8
25
Skuasy
Institut Latihan Perindustrian Perlis
Kompleks Sukan Negeri
3.2
5
Tenis
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Tenpin Boling
Institut Latihan Perindustrian Perlis
Kayanan Square (Kangar)
3.0
5
Taekwondo
UiTM Arau
Kolej Matrikulasi Perlis
2.2
5
Tinju
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Wushu
Institut Latihan Perindustrian Perlis
Kompleks Sukan Negeri
3.2
5

Lokasi acara sukan sukma perlis 2014

Lokasi acara sukan sukma perlis 2014, peta berikut adalah acara acara sukan bagi sukma perlis 2014

Lokasi acara sukan sukma perlis 2014

VENUE PENGINAPAN SUKMA XVII PERLIS 2014
SUKAN PENGINAPAN ATLET VENUE PERTANDINGAN JARAK (KM) MASA (MIN)
Akuatik
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Angkat Berat
IKBN Kuala Perlis
IKBN Kuala Perlis
-
-
Badminton
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Berbasikal (Trek)
UniMap Wang Ulu
Sungai Batu Pahat
13
20
Berbasikal (BMX)
Sungai Batu Pahat
13
20
Berbasikal (Lebuh Raya)
Kangar
10
15
Bola Sepak
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
UiTM Arau
-
-
Gimrama
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
-
-
Golf
UniMap Wang Ulu
Kelab Golf Batu Pahat
13
20
Hoki (L)
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Hoki (W)
UniMap Wang Ulu
SMK Kuala Perlis
12.5
17
Kanu
UniMap Sungai Chuchuh
Tasik Timah Tasoh
10
8
Karate
UiTM Arau
Kolej Matrikulasi Perlis
2.2
5
Boling Padang
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Memanah
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
-
-
Menembak
UniMap Wang Ulu
Sungai Batu Pahat
13
20
Olahraga
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Pencak Silat
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Petanque
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Perahu Layar
UniMap Sungai Chuchuh
Tasik Timah Tasoh
10
8
Sepak Takraw
UiTM Arau
Dewan 2020 (Kangar)
11.8
25
Skuasy
Institut Latihan Perindustrian Perlis
Kompleks Sukan Negeri
3.2
5
Tenis
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Tenpin Boling
Institut Latihan Perindustrian Perlis
Kayanan Square (Kangar)
3.0
5
Taekwondo
UiTM Arau
Kolej Matrikulasi Perlis
2.2
5
Tinju
UiTM Arau
Kompleks Sukan Negeri
11.8
25
Wushu
Institut Latihan Perindustrian Perlis
Kompleks Sukan Negeri
3.2
5

Ogos dan sep 2013 Musim Menuai Padi Di Perlis

Ogos dan sep 2013 Musim Menuai Padi Di Perlis, Waktu ini sedang online di teping bendang sambil melihat suasana padi sedang menguning. Indah dan nyaman tinggal di kampung. Waktu ini ramai petani perlis menuai hasil padi masing,

Sabtu, 24 Ogos 2013

Lokasi Muzium Kota Kayang Perlis

Lokasi Muzium Kota Kayang Perlis
Lokasi Muzium Kota Kayang Perlis, peta lokasi muzium kota kayang.
Kota Kayang Museum, Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis, 02000, Kuala Perlis, Perlis, 02000, Malaysia ‎, +60 4-977 0027


View Larger Map

Bangunan DUN Perlis 2013

Bangunan DUN Perlis 2013, dewan undangan negeri perlis

Bangunan DUN Perlis 2013, dewan undangan negeri perlis
Bangunan DUN Perlis 2013

sekolah khoon aik kangar tahun 70an

sekolah khoon aik kangar tahun 70an
sekolah khoon aik kangar tahun 70an, salah satu gambar lama yang saya jumpa, darjah satu dulu kami periksa gigi di sekolah ini, tahun 1971

STESEN BAS KANGAR TAHUN 60AN

STESEN BAS KANGAR TAHUN 60AN, Lihat gambar stesen bas kangar tahun 70an

STESEN BAS KANGAR TAHUN 60AN

Jumaat, 23 Ogos 2013

Gambar Kangar Dulu Dan Kini

Gambar Kangar Dulu Dan Kini, kangar tahun 60 an
Gambar Kangar Dulu Dan Kini, Gambar sekitar tahun 50 an hingga 2013. Gambar dari facebook anakperlis,

Pada anak muda masa kini gambar ini boleh memberi gambaran perubahan yang berlaku sejak merdeka hingga kini tahun 2013. Sejarah akan dikenang dan kepada yang memberi khidmat bakti membangun Perlis kami  ucapkan ribuan terima kasih



Gambar Foto Kenangan Bandar Kangar Dulu

Gambar Kangar Dulu Dan Kini
Gambar Kangar Dulu Dan Kini, sekolah khoon aik kangar
Gambar Kangar Dulu Dan Kini
Gambar Kangar Dulu Dan Kini, sejarah kangar
Gambar Kangar Dulu Dan Kini, sejarah kangar
PERSIMPANGAN TENGAH  BANDAR, JALAN SYED ALWI DAN JALAN KANGAR ALOR SETAR , DAN BANGUNAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI DAHULU
Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar, sekolah putra
SEKOLAH MEN KEB PUTRA DULU DULU
Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar, STESEN BAS KANGAR DAHULU
STESEN BAS KANGAR DAHULU 60AN


Bandar Kangar Kini

Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar
bangunan perseketuan kangar




bangunan mb perlis, dun negeri perlis, Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar



Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar
Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar
Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar, jalan kangar alor star, pusat bandar kangar 2013
Bandar Kangar Kini 2013, pembangunan perlis , sejarah perlis, sejarah kangar

Gambar anggur Perlis

Anggur Perlis, siapa kata anggur tak boleh hidup di negeri panas, Perlis membuktikan kawasan panas tropika anggur boleh hidup, saya harap  Jabatan Pertanian dapat latih orang perlih tanam anggur sekitar rumah masing masing.

Gambar ini dari Facebook anak Perlis. Terima kasih

Gambar anggur Perlis
Gambar anggur Perlis
SEGAR TAK ANGGUR PERLIS
Gambar anggur Perlis

Lokasi ladang anggur Perlis, klik sini

Selasa, 20 Ogos 2013

Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis

Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis
Hari ini MB Perlis telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis, kita harap pelan ini berjaya membantu perlis ke arah negeri maju. Berikut ialah statement MB Perlis melalui Facebooknya.
Azlan Man Dun Pauh

Sebentar tadi saya telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Negeri Perlis 2012-2030 di Dewan Warisan Kangar. Pelan ini bertujuan meningkatkan kualiti hidup rakyat melalui 'Transformasi Perlis Kepada Sebuah Negeri Yang Berpendapatan Tinggi dan Negeri Bandaraya Menjelang Tahun 2030'.
Untuk suku keempat tahun 2013, sebanyak 4 inisiatif dengan pelaburan berjumlah RM70.8 juta bakal dilaksana di bawah Pelan ini iaitu Pusat Benih Tropika (RM32 juta), Penyelidikan Harumanis - Green House (RM21 juta), perusahaan kitar semula kertas (RM15 juta) dan Pelancongan Wang Kelian (RM2 juta). Inisiatif tersebut dapat mewujudkan 436 peluang pekerjaan baru di Perlis.

Bagi menjadikan Perlis sebagai destinasi mesra pelabur, infrastruktur Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (High Speed Broadband) dengan pelaburan berjumlah RM40 juta akan mula dibangunkan pada awal tahun 2014. Cadangan pembangunan ini telah diluluskan secara dasar oleh Kerajaan Persekutuan.

Bermula pada tempoh ini, pelbagai rancangan, program dan projek dirangka untuk mencorak pembangunan Perlis secara keseluruhannya meliputi aspek fizikal dan kerohanian. Saya memohon sokongan dan kerjasama penuh daripada semua lapisan rakyat untuk sama-sama memacu pertumbuhan sosioekonomi Perlis ke arah pencapaian yang lebih gemilang.

InsyaAllah.
 Ulasan:
-----------
Saya harap MB dan Kerajaan Negeri kena fokus kepada latihan bina insan agar rakyat mempunyai asas kukuh dalam pembuatan dan hasil kraf, hasil kampung, hasil pertanian dan usahawan dari rumah, agar produk orang perlis dapat di jual di wang kelian, padang besar, bazar melayu kuala perlis dan pasar tani sekitar perlis

Saya lihat banyak barang Thailand masuk dan terlalu banyak produk hasil kerja orang  thailand di jual di Wang Kelian dan Padang Besar, mana produk perlis,sebab itu usaha perlu dibuat agar industri kampung dapat berkembang dengan kreatif, kena agensi yang menyelia perkara ini,

Peluang kerja yang diunjurkan terlalu sedikit , cuma 436 peluang. Diharap angka ini dapat di naik kepada lebih 10,000 orang hingga tahun 2020 dan 20,000 orang menjelang 2030

Mulakan membina indentiti perlis dan tingkatkan ilmu dalam perbagai bidang dikalangan rakyat, kurang bercakap pandai dikalangan wakil rakyat dan pegawai kerajaan negeri, mulakan cari duit mulai sekarang.

saya harap mb azlan boleh lihat perkara dengan sirius 

BOLEH KOMEN DI FACEBOOK SAYA
https://www.facebook.com/fauzi2009/posts/10201868195611431?notif_t=like