Jumaat, 6 September 2013

FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta

FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta
FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta, Berita gembira untuk semua. Perkhidmatan feri My Roro telah memulakan operasinya pada 3 September 2013. Feri yang boleh membawa muatan kereta bersama penumpang ini mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi.

Caj perkhidmatan yang dikenakan RM180 sehala dan RM320 bagi dua hala. Caj adalah termasuk bersama seorang pemandu. Bagi penumpang lain dikenakan caj RM18 seorang.


Main Office

Langkawi Roro Services
 N0. 1 Blok B,
Kompleks Dermaga Tanjung Lembung,
Mukim Ulu Melaka, 07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman
Tel : 04-966 9881 | Fax : 04-9669882

Schedule

Departs Kuala Perlis Arrives Langkawi
 0800 | 8:00AM  0915 | 9:15AM
 1400 | 2:00PM  1515 | 3:15.PM

Departs Langkawi Arrives Kuala Perlis
 1100 | 11:00AM  1315 | 1:15PM
 1700 | 5:00PM  1815 | 6:15PM

HARGA DAN JADUAL KLIK SINI

Bernama melapurkan,

Pengarah Urusan Langkawi Roro Services, Ku Azhar Ku Abdul Razak berkata sebagai permulaan perkhidmatan mengangkut kenderaan itu hanya diadakan sekali setiap hari dan jadual pelayaran bergantung kepada paras air di muara Sungai Perlis.

Beliau berkata jika muara sungai Perlis didalamkan, perkhidmatan itu boleh dilaksanakan lebih daripada sekali pada setiap hari mengikut keperluan.

Syarikat itu menggunakan dua buah feri untuk mengangkut kenderaan secara percubaan sejak 3 September lepas dengan setiap sebuah berkeupayaan membawa 45 buah kenderaan untuk sekali perjalanan, katanya.

Beliau berkata bagi kenderaan bersaiz besar termasuk bas, jumlah maksimum yang boleh dibawa hanya 11 buah.

Ku Azhar berkata, setiap kenderaan dikenakan caj RM320 untuk pelayaran pergi dan balik manakala penumpang dikenakan bayaran RM18 seorang untuk satu perjananan.

Sementara itu, ketika melancarkan perkhidmatan itu, Sabry menyatakan keyakinan Kuala Perlis akan menjadi tumpuan ramai untuk mendapatkan perkhidmatan itu kerana jaraknya dengan Langkawi lebih dekat berbanding lokasi lain.

Beliau berkata kerajaan negeri menyokong perkhidmatan itu dan membenarkan terminal feri Kuala Perlis digunakan selama tempoh enam bulan sebagai percubaan.

Katanya, syarikat itu perlu mencari lokasi baru yang lebih bersesuaian dan strategik bagi menjalankan perkhidmatan mereka selepas tempoh itu.

Kerajaan negeri akan berusaha mendapatkan peruntukan kerajaan pusat bagi mendalamkan muara Sungai Perlis bagi memudahkan feri termasuk feri pengangkut kenderaan merapati terminal ketika air surut, kata beliau.

Katanya, perkhidmatan feri penting di Kuala Perlis kerana turut menjana pembangunan di kawasan itu sejajar dengan hasrat menjadikan pekan pinggir laut itu sebagai bandar maritim.

Turut hadir pada pelancaran itu ialah Pengerusi Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perlis, Mat bin Hassan dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Hamdan Bahari.

Gambar

FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta
FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta
FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta
FERI MY RORO DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI bawa kereta
jeti kuala perlis, my ro ro feri, feri bawa kenderaan dari kuala perlis ke langkawi, pelancongan perlis,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS ANDA