Jumaat, 25 Oktober 2013

Atasi Segera Masalah Parking Di Bandar Kangar Dan Hospital HTF

Atasi Segera Masalah Parking Di Bandar Kangar Dan Hospital HTF
Atasi Segera Masalah Parking Di Bandar Kangar Dan Hospital HTF,  Berita di bawah ialah isu tahun 2010, dah 3 tahun isu tempat letak kereta di KANGAR masih belum selesai. Majlis Perbandaran Kangar (MPK) bercadang membina beberapa tempat letak kereta termasuk di bawah tanah bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar itu yang semakin ketara sekarang.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri Abdul Jamil Saad berkata perancangan itu dijangka dilaksana dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
MPK telah memohon peruntukan bagi menjalankan kajian kesesuaian dan struktur untuk cadangan membina tempat letak kereta bawah tanah di kawasan padang MPK itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Selain itu kata beliau, MPK juga telah memohon untuk membina bangunan setinggi enam tingkat di Jalan Penjara di sini dengan tiga tingkat diperuntukkan sebagai tempat letak kereta.
Pada masa ini MPK hanya menyediakan 1,559 tempat letak kereta dan angka itu tidak mampu menampung jumlah kenderaan yang semakin bertambah selain turut menyebabkan kesesakan lalu lintas.-BERNAMA

Isu parking di Hospital Tengku Fauziah Kangar Sesak sejak 10 tahun dulu

Isu parking di Hospital Tengku Fauziah Kangar Sesak sejak 10 tahun dulu

Isu parking di Hospital Tengku Fauziah Kangar Sesak sejak 10 tahun dulu
Isu parking di Hospital Tengku Fauziah Kangar Sesak sejak 10 tahun dulu, Saya ingin menarik perhatian semua pihak terutama MPK dan Kerajaan agar melihat isu ini dengan lebih positif agar satu penyelesaian jangkapanjang dapat di capai, Pertambahan pesakit akan menambah juga pertambahan pelawat ke Hospital Kangar.

Tempat letak kereta hospital kangar semakin sesak dan amat meruncing waktu pagi, tengahari dan waktu rawatan. Pelawat kadang terpaksa parking di luar Hospital dan dijalan luar dan ini melambangkan kawasan parking di dalam hospital dah tepu.

Suatu harus difikirkan agar di selesai secepat mungkin. Satu cadangan ialah padang awam atau padang bandaran di ubah dan di situ dijadikan kawasan parking.

Harap ada respon dari anda semua

Terima kasih

Gambar oleh paksu pencen
http://amirjusoh.wordpress.com/2012/11/20/hospital-kangar-sesak/

Khamis, 17 Oktober 2013

Cerita Cinta Orang Muda Longhat Utara Mesti Tonton

Cerita Cinta Orang Muda Longhat Utara Mesti Tonton
Cerita Cinta Orang Muda Longhat Utara Mesti Tonton, Orang muda kena kelih dan ambil tauladan, jangan dok buat gila meroyan, Kreatif video ni


Daging Korban Di Seriab Perlis ada kalimah Allah

Daging Korban Di Seriab Perlis ada kalimah Allah, SubhanaAllah, Allah Maha Kuasa, Ini kuasa Allah yang ingin ditunjukkan pada hambanya. Penduduk gempar bila melihat peristiwa ini.

Gambar Daging Korban Di Seriab Perlis ada kalimah Allah

Daging Korban Di Seriab Perlis ada kalimah Allah, kampung seriab perlis, korban 2013

Gambar Sejarah Ais Ketul dalam sekam padi 1970 di Perlis

Gambar Sejarah Ais Ketul dalam sekam padi 1970 di Perlis, sejarah perlis
Gambar Sejarah Ais Ketul dalam sekam padi 1970 di Perlis, Sekitar tahun 70an, saya masih 6 tahun dan akan masuk darjah satu 1971, sekolah keb Ujung Batu, Saya dan kawan kawan akan membeli ais batu yang di jual 1 bantal 50 sen, Beli di kedai Ah Choi Ujung  batu dan kedai Titi Chai Utan Aji, Balik umah potong 6 dan masuk dalam tong polistren yang ada sekam padi.

Saya jual 20 sen seketul, Kecik kecik dah minat niaga, untung tak banyak, tapi seronok, menjual, AIS AIS AIS,

Orang dulu Bukannya sekarang,