Jumaat, 22 November 2013

DOA SEMPENA PROGRAM KONVOKESYEN PERMATA NEGARA

DOA SEMPENA PROGRAM KONVOKESYEN PERMATA NEGARA, TAMBUN TULANG 2013

Nota:
Dimulakan dengan Alfatihah kepada anak-anak kita, ibubapa kita dan Rasullulah s.a.w.

Contoh doa, ayat di benar ubah
 DOA SEMPENA PROGRAM KONVOKESYEN PERMATA NEGARA

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan berada dalam 
MAJLIS KONVOKESYEN ANAK-ANAK PERMATA NEGARA TAMBUN TULANG PERLIS bagi sessi 2013

Ya Allah Ya Fa’aalullimaa yurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan Rahman dan Rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para guru-guru dan ibu-bapa yang telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di Pusat Permata yang bertuah ini .

Disaat ini juga kami rafa’kan tangan kehambaan kami, mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan usaha kami untuk memberi ilmu kepada anak-anak kami dalam aspek pembinaan sahsiah diri dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan yang lebih bermakna kepada anak anak Kami.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah anak-anak yang menerima sijil dan hadiah penghargaan pada hari ini sebagai  anak-anak yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Ya Allah, jadikanlah anal-anak kami anak yang soleh solehah yang taat pada Mu ,anak- anak yang berbudi bahasa dan taat pada kami.

Ya Allah jadikan anak-anak kami anak yang kuat berusaha,gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik, peribadi dan sahsiah diri dimasa akan datang.

Ya Allah, kami memohon daripada-Mu  dengan penuh harap agar majlis dan segala program pada hari ini berjalan dengan baik dan lancar.
DOA SEMPENA PROGRAM KONVOKESYEN PERMATA NEGARA




Rabu, 13 November 2013

Kebaya Perlis Kebaya Terbesar Di Malaysia

Kebaya Perlis Kebaya Terbesar Di Malaysia

Kebaya Perlis, Kebaya Terbesar Di Malaysia, REKOD KEBAYA TERBESAR, BAJU TERBESAR DUNIA, BAJU PERLIS, KOLEJ KOMUNITI  ATAU
Kebaya Perlis Kebaya Terbesar Di Malaysia,  Kolej Komuniti Arau mencatat sejarahnya tersendiri apabila tersenarai dalam Malaysia Book of Records menerusi penghasilan baju kebaya Perlis terbesar.Kebaya itu yang dipersembah dalam 'Program Kebaya Fest Road to Milan' bersaiz 8.5 kali ganda saiz 'M', menggunakan 341 meter kain dan disiapkan oleh pelajar dan pensyarah kolej dalam tempoh 15 hari

VIDEO