Khamis, 26 Disember 2013

Kolam Pancing Talapia di Oran Perlis

Siapa minat memancing, jom kita ke kampung Oran Perlis, Kolam ni di usaha secara sambilan dengan ikan Talapia Merah menjadi ikan utama di kolam ini. Saya baru pergi pagi tadi 26 Dis 2013, dapat 3 kilo dan bawa balik bakar dan masak lemak cili padi, wow sedap.

Alamat Kolam:

Hadli
km 3 jalan oran 2,
02500 mata ayar perlis.
lee 012-4571214

Gambar Kolam


Kolam Pancing Talapia di Oran *erlis

Kolam Pancing Talapia di Oran *erlis

Kolam Pancing Talapia di Oran *erlis

Langkawi Auto Express Feri Baru Kuala Perlis Langkawi

Langkawi Auto Express Feri Baru Kuala Perlis Langkawi, akan beroperasi tidak lama lagi, LAE 1 dan LAE 2 kini berada di Langkawi selepas baru sampai  dari luar negara. Feri ini boleh membawa kereta dan kenderaan serta penumpang akan menjadi persaing My RoRo yang sudah pun beroperasi 6 bulan lalu,

Langkawi Auto Express Sdn Bhd merupakan syarikat yang mengendalikan feri baru ini. Bila nak beroperasi kita sama sama tunggu ok.

Gambar Baru Langkawi Auto Express Ferry

Langkawi Auto Express Feri Baru Kuala Perlis Langkawi, persaing myroro

Langkawi Auto Express Feri Baru Kuala Perlis Langkawi, persaing myroro

Langkawi Auto Express Feri Baru Kuala Perlis Langkawi, persaing myroro

Rabu, 25 Disember 2013

Cadangan Taman Tema Dan Kereta Kabel Perlis

Cadangan Taman Tema Dan Kereta Kabel Perlis

Cadangan Taman Tema Dan Kereta Kabel Perlis
Cadangan Taman Tema Dan Kereta Kabel Perlis. Ia satu cadangan menarik oleh kerajaan negeri bagi menarik 2.5 juta pelancong setahun yang hanya tumpang lalu, tanpa singah berbelanja, bermalam dan melihat tarikan di Perlis.

Cadangan MB Azlan Man saya setuju agar pendapatan dari industri ini akan juga membantu sektor lain berkembang, misalnya homestay, makanan, hotel, teksi dan peruncitan dan barangan penduduk tempatan.

Laporan sinar harian berkata, Perlis, negeri kecil di utara Semenanjung Malaysia, berhasrat memajukan dan membangunkan sektor pelancongan di dalam negerinya dalam usaha menarik para pelancong menjadikannya lokasi persinggahan.   
   
Walau pun mencatatkan kedatangan kira-kira 2.5 juta pelancong setahun, kebanyakan mereka hanya melalui Perlis untuk meneruskan perjalanan ke Langkawi, Kuala Lumpur atau Singapura.
   
Sehubungan itu, Menteri Besar Azlan Man berkata Perlis merancang untuk mewujudkan tarikan agar para pelancong yang melaluinya, singgah melakukan lawatan sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi berkenaan.
   
“Kerajaan negeri bercadang mewujudkan produk pelancongan untuk menggalakkan pelancong menyertai sekurang-kurangnya program dua malam di sini,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini.

Muzium Kota Kayang Kaya Bahan Sejarah Perlis

Muzium Kota Kayang Kaya Bahan Sejarah Perlis
Muzium Kota Kayang  Kaya Bahan Sejarah Perlis.Pernahkah anda masuk melihat pameran lama dan sejarah perlis. Ramai orang Perlis yang belum masuk sini lagi, Ia juga terbuka untuk orang awam dalam dan luar negara.

Masuk Percuma

Lokasi Muzium


View Muzium Kota Kayang in a larger map


Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
Tel : +604 977 0027 / 0419
Fax : +604 978 2678


Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.

Di sini ia banyak menceritakan sejarah Kota Kayang.Ia terletak di tapak pengebumian Sultan Kedah pada kurun ke–16. Segalanya berkisar penemuan arkeologi di sekitar Negeri Perlis. Selain itu, koleksi simpanan raja – raja juga terdapat di sini.

Gambar Koleksi Muzium Kota Kayang


Muzium Kota Kayang Kaya Bahan Sejarah Perlis

Muzium Kota Kayang Kaya Bahan Sejarah Perlis

Di sini juga pengunjung dapat melihat binaan Makam DiRaja dimana ia menggunakan kayu raja sebagai tanda dan diberi mana Makam Al-Marhum Kayang.

Terdapat tiga galeri iaitu galeri am yang mempamerkan kronologi pembinaan Kota Kayang, peralatan harian golongan bangsawan di Perlis, galeri arkeologi yang mempamerkan hasil penyelidikan Kota Kayang dan sekitar negeri Perlis serta galeri Perlis yang mempamerkan salasilah diraja negeri Perlis bermula dari Nabi Muhammad s.a.w dan replika bunga emas, kesan pendudukan penjajah dan pelbagai koleksi yang menarik

Muzium Kota Kayang Kaya Bahan Sejarah Perlis

Muzium Kota Kayang Kaya Bahan Sejarah Perlis

Located in the locality of Kayang Hill, Lambong Panah Hill, Jagat Hutang Hill, Wai Hill and Menara Hill in the Kayang vicinity which is near the oldest man-made canal in Peninsular Malaysia.

Collections and Galleries

There are three galleries:
i. The general gallery that chronologizes the building of Fort Kayang, daily paraphernalias of the Perlis aristocrats,
ii. An archaeological gallery displaying the Kota Kayang research results as well as other parts of Perlis,
iii. A Kedah/Perlis gallery exhibiting the royal family tree beginning form the Prophet Muhammad s.a.w. , golden flower replica, colonialism effects and other interesting collections.

Entrance Fees

Free

Contact Person

Y.M. Tengku Intan Rahimah binti Tengku Mat Saman - Curator

Address

Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
Tel : +604 977 0027 / 0419
Fax : +604 978 2678

Transportation

Using taxis with reasonable rates

Other Facilities

Recreational Park, Car Park and public washrooms

Nat Pagi Pekan Arau

pekan arau,pasar pagi pekan arau perlis
Nat Pagi Pekan Arau, setiap pagi Rabu pekan Arau akan di penuhi peniaga dan orang ramai untuk membeli belah bahan dapur dan makanan. Perbagai barangan atau jualan terdapat di sini, antaranya ikan segar, udang, ketam, sayuran, buahan tempatan, ulam, barangan dan alatan dapur dan sebagainya.

Boleh masuk melalui C-Mart dan ambil jalan belakang, atau melalui jalan ke pauh, lokasi dekat pasar arau. Sepanjang jalan tu bederet peniaga mempamer jualan mereka.

Arau kini semakin sibuk.

Selasa, 24 Disember 2013

BR1M 2014 dibuka hingga 31 Januari

 (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan.lhdn, br1m 2014
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 dibuka mulai hari ini sehingga 31 Januari depan.

Kementerian Kewangan menerusi satu kenyataan sebelum ini memaklumkan, penerima BR1M sedia ada tidak perlu mendaftar lagi, tetapi perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank.

BR1M 2014, DAFTAR BR1M, LAMAN WEB BR1M


"Bagi pemohon baharu pula boleh mendaftar secara dalam talian atau secara manual dengan mengisi borang permohonan BR1M 2014 secara percuma mulai tarikh tersebut," kata kenyataan itu.

Borang permohonan BR1M 2014 boleh didapati di pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Pembangunan Persekutuan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau dimuat turun melalui laman web LHDN di www.hasil.gov.my. ATAU KLIK BR1M 2014 https://ebr1m.hasil.gov.my/

ANDA AKAN DI BAWA KE LAMAN INI, MASUK MYKAD DAN TARIKH LAHIR DAN PILIH PEMOHONAN BARU ATAU KEMASKINI

BR1M 2014 KEMASKINI ATAU PERMOHONAN BARU

Pembayaran akan dibuat kepada yang layak bermula Februari dan BR1M 2014 dijangka memberi manfaat kepada 5.9 juta isi rumah serta dua juta individu bujang.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716 yang dibuka mulai hari ini, dari Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.

Ketika pembentangan Bajet 2014, Perdana Menteri ,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650, manakala untuk indvidu bujang berusia 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan dinaikkan sebanyak RM50 kepada RM300.

Selain itu caruman Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia atau i-BR1M bernilai RM50 akan diberi kepada semua penerima isi rumah BR1M bagi memberi perlindungan maksimum sehingga RM30,000 kepada penerima sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal.

Warga emas berusia 60 tahun ke atas dan tinggal sebatang kara juga akan menerima kenaikan jumlah bantuan daripada RM500 kepada RM650.

sumber sinar harian

Isnin, 23 Disember 2013

GAMBAR DASYAT LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND

GAMBAR DASYAT LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND, hari ini 22 Dis 2013, kira kira jam 11.30 pagi bandar sempadan Malaysia Thai di gegarkan dengan letupan bom buatan sendiri oleh pihak tertentu yang memperjuang suatu.

danok thailand, letupan bom di danok, hotel oliver danok, puat pemisah thailand

Pekan Danok, Padang Besar, Sadoa dan kawasan berhampiran di gegar letupan bom yang mencedera ramai orang, tidak di ketahui lagi jumlah kematian dan kecederaan.

Mungkin pemisah Thai yang melakukan serangan tersebut, saya tak tahu. Kita harus hati hati kalau nak ke pekan sempadan, nasihat saya jangan pergi sehingga keadaan kembali reda. Bom yang dipasang secara terancang dan di letupkan menggunakan kawalan jauh telefon nokia telah mengejutkan ramai pelancong Malaysia di ketiga pekan tersebut.

Gambar di bawah adalah gambar rakan FB saya yang kebetulan berada di lokasi dan sumber rakan FB lain. Terima kasih. Kejadian di Padang Besar Klik Sini

GAMBAR DI TEMPAT KEJADIAN, YANG DASYAT.

GAMBAR DASYAT LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND

GAMBAR DASYAT LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND

GAMBAR DASYAT LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND

GAMBAR DASYAT LETUPAN BOM DI DANOK THAILAND

Video di lokasi (Jika video tak di padam anda boleh lihat kejadian sebenar semasa kejadian)


Ahad, 22 Disember 2013

Bom meletup di padang besar Thailand

Bom meletup di padang besar Thailand. Sebutir bom yang di pasang pada sebuah motorsikal meletup berhampiran balai polis thailand di pekan sempadan padang besar. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Tiada ada pihak yang mengaku bertanggung jawap.

Di danok juga ada letupan kuat, di percayai bom

Gambar tempat kejadian Padang Besar thailand 22 DIS 2013

Bom meletup di padang besar Thailand

Bom meletup di padang besar Thailand 22 DIS 2013

Dibawah gambar kejadian di danok, depan hotel oliver, 22 dis 2013

bom di danok 22 dis hotel oliver

sumber berita gambar facebook ROAP 22 DIS 2013

Bom meletup di padang besar Thailand

Bom meletup di padang besar Thailand. Sebutir bom yang di pasang pada sebuah motorsikal meletup berhampiran balai polis thailand di pekan sempadan padang besar. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Tiada ada pihak yang mengaku bertanggung jawap.

Di danok juga ada letupan kuat, di percayai bom

Gambar tempat kejadian 22 DIS 2013

Bom meletup di padang besar Thailand

Bom meletup di padang besar Thailand 22 DIS 2013

sumber berita gambar facebook ROAP 22 DIS 2013

Bom meletup di padang besar Thailand

Bom meletup di padang besar Thailand. Sebutir bom yang di pasang pada sebuah motorsikal meletup berhampiran balai polis thailand di pekan sempadan padang besar. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Tiada ada pihak yang mengaku bertanggung jawap.

Di danok juga ada letupan kuat, di percayai bom

Gambar tempat kejadian 22 DIS 2013

Bom meletup di padang besar Thailand

Bom meletup di padang besar Thailand 22 DIS 2013

sumber berita gambar facebook ROAP 22 DIS 2013

Car Boot Sale Denai Larian Pangkalan asam kangar

Car Boot Sale Denai Larian Pangkalan asam kangar bermula 22 dis 2013, semua rakyat perlis di jemput.


Seronok Naik Kereta Kuda di Sungai Batu Pahat perlis

sungai batu pahat, kereta kuda,taman ular,pelancongan perlis, lokasi menarik perlis
Seronok juga bila naik kereta kuda dan bawa anak anak naik kereta kuda pusing pusing di sungai batu pahat perlis. Sungai batu pahat di perlis ada tarikan tersendiri dengan alam semulajadi yang indah.

Tarikan utama ialah zoo ular perlis yang mengandungi perbagai jenis ular. Berdekatan sini ada air terjun, ada chalet dan padang golf. Perkhidmatan kereta kuda adalah servis menarik disini untuk pelancong yang ingin merasa pengalaman naik kereta kuda.

Maklumat lanjut kereta hubungi pemiliknya, shahidi 0195239988 


Seronok Naik Kereta Kuda di Sungai Batu Pahat perlis

Seronok Naik Kereta Kuda di Sungai Batu Pahat perlis

Seronok Naik Kereta Kuda di Sungai Batu Pahat perlis

Seronok Naik Kereta Kuda di Sungai Batu Pahat perlis

Sabtu, 21 Disember 2013

Jam TAWAF tali kulit ORI

Jam TAWAF tali kulit ORI. Sebab anda perlu pakai jam jarum pusing ke kanan di nyatakan dibawah.
jam tali kulit antik, jam tawaf jawi, jam ori, jam islamik

Pergerakan ke KANAN adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik disunatkan dimulakan dengan sebelah KANAN. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam Jannah dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan KANAN.

Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke KANAN (lawan arah jam). Elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom juga bergerak ke KANAN. KANAN melambangkan kebaikan sejagat.

Jam ke KANAN menggunakan konsep ke KANAN ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.

-------------
Features
-------------

Come with Jawi & Normal Font
Case back laser engrave
Strap laser engrave
Large analog face
Great gift box included

----------------------------
Watch Specifications
----------------------------

MAN SIZE WATCHES:

Code: HM01A (Jawi Font) & HM02A (Normal Font)
Case Material: Zinc Alloy
Case Diameter: 3.70 cm
Case Thickness: 0.90 cm
Case Colour: Silver
Band Material: Leather
Band Width: 1.8 cm
Band Length : 11.2cm
Band Color: Brown
Watch Weight: 71.60 g
Watch + Box Weight: 164.46 g


WOMAN SIZE WATCHES:

Code: HW01A (Jawi Font) & HW02A (Normal Font)
Case Material: Zinc Alloy
Case Diameter: 2.70 cm
Case Thickness: 0.70 cm
Case Colour: Silver
Band Material: Leather
Band Width: 1.2 cm
Band Length : 10.5 cm
Band Color: Brown
Watch Weight: 46.63 g
Watch + Box Weight: 98.43 g


Hijra Tawaf Movement (anticlockwise)

Engine: Analog Japan Quartz

Power: Sony Battery Button (SR626SW) - 2 years lifespan

Warranty: 12 months from date of purchase

Water Resistance Depth: 3ATM (30 meter)

[Suitable for everyday use. Splash/rain resistant. NOT suitable for showering, bathing, swimming, snorkelling, water related work and fishing.]


Jam ini juga boleh dibeli sama ada sepasang atau secara berasingan:

1) BELI SEUTAS/BERASINGAN (SATU2) - RM150.00
                                                             TERMASUK POS
HM01A (Lelaki-Jawi)
HM02A (Lelaki-Rumi)
HW01A (Wanita-Jawi)
HW02A (Wanita-Rumi)

Warna Tali : BROWN (Leather)


2) BELI SEPASANG = 1 MAN SIZE WATCHES + 1 WOMAN SIZE WATCHES

HP01A (JAWI) - RM260 - POS RM10 
HP02A (RUMI) - RM260 - POS RM10

Warna TALI : BROWN (Leather) -

CARA ORDER

MAYBANK
159021024567
FAUZI BIN AHMAD

EMAIL BUTIRAN TEMPAHAN
-----------------------------
KOD JAM
NAMA
ALAMAT
HP
JUM
TARIKH BANK IN

aurarezeki@gmail.com

See more at:
http://halalmalls.my/?p=jam_tawaf_tali_kulit

JAM UNIK JARUM PUSING IKUT BUMI

JAM UNIK JARUM PUSING IKUT BUMI, JAM DINDING, JAM TAWAF, JAM ISLAMIK, JAM ANTIK, JAM KE KANAN
Jam unik dimana jarum jam ikut pusingan bumi,putaran alam,putaran tawaf, pusing ikut peredaran darah dalam tubuh kita. Unik tak ?. ya memang unik, dulu jam di reka mat salleh pusing lawan pusingan bumi. kita nak ubah cara dan keadaan itu.

Kini usahawan muslim mencipta jam ikut fitrah alam dan manusia. dengan itu bila kita pakai jam ini atau lihat jam ini, kita berasa selesa dan serasi dengan putaran itu.

Pergerakan ke KANAN adalah pergerakan semulajadi alam. Dalam agama Islam, semua perkara yang baik disunatkan dimulakan dengan sebelah KANAN. Dalam Quran, golongan yang akan dimasukkan ke dalam Jannah dipanggil 'As-habul Yamin' atau golongan KANAN.

Pergerakan tawaf adalah pergerakan ke KANAN (lawan arah jam). Elektron yang mengelilingi nukleus dalam atom juga bergerak ke KANAN. KANAN melambangkan kebaikan sejagat.

Jam ke KANAN menggunakan konsep ke KANAN ini bagi mengembalikan keseimbangan fikiran dan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.


Terdapat 2 design yang menarik bagi Jam Dinding ANTICLOCKWISE.

1. Jam Dinding HIJRAH WC01 ( JAWI / ARABIC )
2. Jam Dinding HIJRAH WC02 ( RUMI )

Harga yang ditawarkan amat berpatutan dan mampu milik. RM140 TERMASUK POSLAJU - 

WALL CLOCK SPECIFICATION

* Case Material: High Impact Polystyrene (Plastic)
* Front Material: Glass lens
* Dial Material: PVC
* Size: 36cm x 36cm 
* Clock Thickness: 1.8cm
* Engine: Analog China Quartz
* Digital Engine: Day & Date
* Hijra Tawaf Movement (anticlockwise)
* Warranty: 12 months from date of purchase -


CARA ORDER
--------------
BANK IN KE,

MAYBANK
159021024567
FAUZI BIN AHMAD

EMAIL BUTIRAN TEMPAHAN
---------------------------------
Nama
ALAMAT
HP
TARIKH BANK IN
JUMLAH
KOD JAM

EMAIL
---------
aurarezeki@gmail.com

Syarat-syarat mohon visa umrah

Syarat-syarat mohon visa umrah
Syarat-syarat mohon visa umrah. Berkuat kuasa serta merta, Pihak Kedutaan Arab Saudi telah membuat satu peraturan baru untuk mendapatkan Visa Umrah. Jemaah yang ingin membuat permohonan visa perlu mengemukakan beberapa dokumen:

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa bagi  SUAMI ISTERI (45 TAHUN KE ATAS) / LELAKI BERUMUR (17 TAHUN KE ATAS) / WANITA (45 TAHUN KE ATAS) ialah ;

1.Passport (Original)
2.Gambar (berukuran visa) 4 keping
3.Buku/Surat Suntikan Kesihatan

Bagi mana-mana jemaah yang berumur kurang dari 45 tahun, dokumen yang diperlukan untuk permohonan visa umrah ialah;

i. Suami Isteri :

Passport (Original)
Gambar (berukuran visa) 4 keping
Buku/Surat Suntikan Kesihatan
Salinan sijil nikah; (cop pengesahan dari Jabatan Agama Islam & Wisma Putra, Putrajaya)

ii. Bapa kandung / Adik beradik lelaki kandung / Datuk kandung :

Passport (Original)
Gambar (berukuran visa) 4 keping
Buku/Surat Suntikan Kesihatan
Salinan sijil lahir & Dokumen sokongan; (cop pengesahan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) & Wisma Putra, Putrajaya)

iii. Bapa saudara kandung:

Passport (Original)
Gambar (berukuran visa) 4 keping
Buku/Surat Suntikan Kesihatan
Sijil lahir jemaah, Sijil lahir bapa & Sijil lahir bapa saudara, Dokumen sokongan (surat akuan sumpah) & Surat izin bapa jemaah (LETTER OF CONCERN) *surat ini akan dikeluarkan oleh pihak syarikat umrah.

sumber
http://www.bahrulmazi.com.my/bmt/?p=3408

Syarat-syarat menjadi syarikat urus umrah

Syarat-syarat menjadi syarikat urus umrah
Syarat-syarat menjadi syarikat urus umrah. Salah satu syarat utama nak jadi syarikat pengendali umrah ialah syarikat berdaftar sdn bhd, dan syarikat  pelancongan  yang berhasrat menawarkan pakej umrah perlu menjalinkan kerjasama dengan mana-mana ejen pelancongan dari Arab Saudi yang diiktiraf oleh negara tersebut. Kena ada networking dengan ejen disana, jadi kena tau bahasa arab, he he..

Ejen pelancongan dari Arab Saudi inilah yang bertanggungjawab sebagai pengantara dalam sebarang urusan dengan pihak berkuasa Saudi.

Syarat seterusnya, ejen pelancongan Malaysia perlu membayar jaminan bank yang bernilai 100,000 riyal kepada kerajaan Arab Saudi bertujuan untuk mengekang sebarang kes penyalahgunaan visa umrah seperti tinggal di tanah suci melebihi tempoh sebulan yang diluluskan oleh kedutaannya.

Syarat-syarat inilah yang menjadi cabaran kepada pengusaha syarikat pelancongan yang ingin mengendalikan pakej umrah.

Syarat ketiga dan yang penting ialah sesebuah syarikat pelancongan hendaklah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan serta mempunyai modal mencukupi bagi menanggung pelbagai kos operasi, termasuk pembelian tiket penerbangan untuk jemaah.

Justeru, seseorang yang mendakwa dirinya berpengalaman bertahun-tahun menjadi seorang mutawif di tanah suci sekalipun tidak semestinya dapat menguruskan pakej umrah dengan sempurna andainya tidak mengetahui selok-belok prosedur pengendalian umrah kerana ia membabitkan keselamatan dan keselesaan jemaah umrah.

Sekarang ini banyak kes penipuan pakej umrah yang didalangi sindiket tertentu semakin berleluasa. Antara kes penipuan pakej umrah yang terbaru dilaporkan di Kelantan baru-baru. Dalam kes tersebut, sekumpulan penduduk sebuah kampung di Tumpat sudah menyerahkan wang untuk menunaikan umrah, namun ia tertangguh sejak beberapa tahun lalu.

Di perlis pada 17 dis 2013 pun ada kes penipuan, syarikat pengendali tak boleh urus pakej umrah dengan sempurna. Seramai 15 orang terkandas di KL akibat angkara syarikat umrah yang tidak memenuhi syarat di atas, modal faktor penting agar urusan visa, urusan dengan arab saudi berjalan lancar.

SYARAT-SYARAT MEMOHON VISA UMRAH ARAB SAUDI, KLIK SINI

MOGA SAMA-SAMA MENDAPAT MANAFAAT

Jumaat, 20 Disember 2013

Laksa Kuala Perlis Unik Dan Sedap

laksa kuala perlis, resepi laksa kuala  perlis
Laksa Kuala Perlis Unik Dan Sedap, kalau mai kuala perlis, tak makan laksanya tak sahlah, tak sempoi lah, banyak kedai makanan menyediakan laksa, antaranya kak su laksa, laksa house di jalan sarawak dan di komalaut.

Resipi laksa kuala perlis klik sini

Jom makan laksa kuala perlis
laksa kuala perlis, resepi laksa kuala  perlis, kak su laksa

laksa kuala perlis, resepi laksa kuala  perlis
laksa kuala perlis, resepi laksa kuala  perlis

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUTPusat makanan laut kuala perlis atau Komalaut telah dirasmikan oleh DYMM Tunku Raja Perlis pada Julai 2012. KomaLaut (Kompleks Makanan Laut Negeri Perlis) terletak di laluan masuk utama dari lebuhraya cangloon kuala perlis.

Banyak gerai makanan disini dan ia merupakan pusat tarikan utama pelancong yang ingin menikmati makanan laut perbagai jenis.


Map Komalaut kuala Perlis


View Larger Map
Gambar

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT

makanan laut kuala perlis, Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT

Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT


Pusat makanan laut kuala perlis KOMALAUT