Rabu, 11 Disember 2013

ETS atau Elektrik Train Set Ipoh Padang Besar Lebih Laju

ETS atau Elektrik Train Set Ipoh Padang Besar Lebih Laju
ETS atau Elektrik Train Set Ipoh Padang Besar Lebih Laju, dan mesra pengguna. Bakal mengubah minda pengguna yang mengatakan naik keretapi lambat sampai dan bising. ETS yang akan di lancarkan tahun 2014 atau awal 2015 akan memberi pengalaman baru kepada rakyat Malaysia yang ingin bergerak dengan sistem pengangkutan awam

Tahniah pada KTM yang memperkenalkan projek ini pada pengguna. Rakyat Perlis juga bangga apabila ETS menjadi distinasi paling utara dan akan memberi impak besar pada pelancong selatan malaysia untuk mai Perlis melalui keretapi elektrik yang lebih laju dari keretapi enjin diesel.
sistem keretapi elektrik ipoh padang besar,ruang dalam keretapi ets,

Dengan kelajuan yang lebih tinggi dan reka bentuk lebih aerodinamik, ETS mampu menawarkan perjalanan yang lebih singkat. Perjalanan dari Kuala Lumpur (KL) ke Ipoh, Perak misalnya mengambil masa hanya satu jam 55 minit, satu jangka masa yang mungkin membuatkan anda berfikir dua kali untuk memandu kereta sendiri ke destinasi tersebut.

Jika sebelum ini, perjalanan dengan kereta api lokomotif diesel dari KL ke Ipoh mengambil masa hampir tiga jam atau pemanduan darat yang lain mengambil masa dua jam 30 minit, apa yang ditawarkan ETS kelak dilihat mampu mengubah senario perkhidmatan kereta api di Malaysia.

Tidak mustahil akan wujud kelompok masyarakat yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Ipoh atau sebaliknya.

Untuk permulaan, perkhidmatan kereta api ETS melibatkan perjalanan Ipoh-Kuala Lumpur-Seremban. Ia bakal dipanjangkan ke laluan Ipoh-Padang Besar di Perlis serta Seremban-Gemas di Negeri Sembilan apabila landasan berkembar elektrik di laluan itu siap pada tahun 2014. ETS mampu menawarkan perkhidmatan pada kelajuan 140 kilometer sejam (140kmj).

Tambang Semasa di KL
tambang keretapi ets ipoh seremban, keretapi ets ipoh padang besar

2 ulasan:

  1. Alangkah baiknya jika jadual ini kembali semula, tidak seperti sekarang kerana ia semakin lewat iaitu 2 jam 30 minit atau lebih...

    BalasPadam
  2. Lepas ni sye dari JB nk balik ke utara (Perlis) senang, mudah dan cepat...agar di pertimbang dari Johor ke utara plak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS ANDA