Rabu, 29 Januari 2014

Bulan Dan Venus 29 Jan 2014 Dari Kangar

Bulan Dan Venus 29 Jan 2014 Dari Kangar, ini salah satu foto yang di ambil dari taman Ira Kangar, gambar Bulan dan planet Venus 7.18am 29 Jan 2014. Gambar oleh Apzul Farrok

astronomi, gambar bulan dan venus jan 2014, venus jan 2014, taman ira kangar jan 2014, kangar jan 2014,

Indahnya Ciptaan Allah

Planet Zuhrah merupakan planet yang ke-2 dari matahari. Bumi ialah yang ke-3. Ini bermakna, dari segi susunan orbitnya, ia akan bergerak mengelilingi matahari lebih laju berbanding Bumi.
Bumi mengelilingi matahari selama 365.25 hari, tetapi Zuhrah yang mempunyai orbit yang lebih kecil, akan melengkapi satu pusingan mengelilingi matahari selama 224.7 hari.

Disebabkan juga orbit Zuhrah berada di laluan yang ‘ke dalam’ dari Bumi, maka dari sudut pandangan kita di Bumi, planet ini tidak akan berada jauh daripada matahari.

Gambaran sebenar Venus, bumi dan matahari

venus, matahari, bulan 29 Jan 2014


Maklumat lanjut klik http://falakonline.net/semesta/2014/01/zuhrah-berada-paling-hampir-dengan-matahari-esok-11-jan-2014-satu-penerangan-ringkas/

Ahad, 26 Januari 2014

Suhu Cuaca Perlis Hari Ini live

suhu cuaca di perlis, cuaca arau, cuaca kangar, suhu kangar kini
Suhu Cuaca Perlis Hari Ini live, Anda boleh klik sini untuk dapat info suhu, cuaca, angin di perlis pada hari ini. Mengikut maklumat cuaca di perlis bulan Jan 2014 dan Feb 2014 suhunya rendah, biasa sampai 20 darjah C.

Ini adalah fenomena angin timur laut

Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar

Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar, Rumah tradisional Melayu Perlis berbentuk ‘Bumbung Panjang’ terdiri dari rumah ibu dan rumah dapur .Bersambung dengan rumah ibu dan rumah dapur.Bersambung dengan rumah ibu terdapat ruang balai. Di hadapan rumah dapur,antara rumah ibu terdapat sebuah ruang mempunyai fungsi masing-masing.Bangunan tersebut lazimnya diperbuat daripada kayu ataupun buluh,beratapkan rumbia atau nipah.

Rumah Ibu
Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar
RUMAH IBU DI BAHAGIAN DEPAN SEKALI
Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar

Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar

Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar


Rumah ibu merupakan sebuah rumah yang mempunyai serambi kiri dan kanan. Di hujung ruang tengah diletakkan katil besi(antik), di pasang kelambu dan tirai sebagai tempat tidur penghuni yang tertua (ibu dan bapa). Disebelahnya terdapat dua buah bilik tempat tidur anak-anak gadis dan lelakinya.

Ruang hadapan merupakan ruang tamu dan tempat berkumpul ahli-ahli keluarga. Dibahagian atas dibuat para atau ‘lotin’ tempat menyimpan kuih-kuih pada hari kenduri atau alatan lain seperti tikar, karung, bujam, kecung dan sebagainya. Serambinya digunakan sebagai tempat menganyam tikar atau membuat alat-alat kraftangan pertanian.

Biasanya rumah ini berdindingkan buluh dan dianyam berkelarai, berlantaikan papan. Hanya orang kaya dan berada akan menggunakan papan tegak, berlidah dan berlurah. Ruang atas tingkap terdapat ukiran kelarai,begitu juga pada’papan cantik’ dan ‘tibar layar’

Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar, SERAMBI RUMAH
SERAMBI RUMAH - KIRI  ATAU KANAN RUMAH IBU

Mengenai Rumah Tradisi Perlis Pelan dan Gambar, DAPUR RUMAH PERLIS
DAPUR

Sabtu, 25 Januari 2014

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis, Pameran bermula hari ini 25 Jan 2014 hingga 2 Feb 2014. Jom ramai ramai melawat ke sana.

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis

Pameran Kraf di Pusat Kraf Batu 5 Jalan Kuala Perlis

Harap pusat kraftangan di upgrade kemudahan dan ruang pameran, di bina ruang bas pelancongan berhenti, ruang rehat, kedai jualan di buka dan di hias dengan menarik, ada kemudahan surau dan bilik air awam agar pusat ini lebih maju, Gerai makan kena ada agar memudahkan pelancong.

Bahagian depan di buka agar mudah bas dan kereta singgah

Kemaskan Dasar Bekalan Makanan Jangka Panjang

dasar makanan, harga makanan naik, orang tengah, harga barang naik, harga sayur naik, harga ikan naik,

dasar makanan, harga makanan naik, orang tengah, harga barang naik, harga sayur naik, harga ikan naik,
Kemaskan Dasar Bekalan Makanan Jangka Panjang, Negara yang ada cukup makanan ia akan selamat, Insha Allah. Saya harap dasar bekalan makanan di perkemaskan agar bekalan murah dan mudah didapati. Kita harap dasar dibuat agar negeri dan anak syarikat kerajaan negeri di beri tanggung jawap utama pengeluaran makanan negara.

Jangan biarkan swasta jadi pembekal utama, Jika ini dibuat kerajaan dapat kawal bahan makanan lebih mudah dan harga tidak dimain main oleh orang tengah dan pembekal.

Jangan ambil langkah jangka pendek kawal harga barang, kita kena jadi negara pembekal, baru hebat, perlahan dulu pembangunan fizikal, lihat berapa banyak ayam di bela, cara hasil makanan ayam murah, petani bela petani jual murah, lihat berapa ekor lembu di ternak, lihat balik berapa hektar ladang sayur negara,  lihat cukup atau dak.

kena muhasabah, jangan jadi peniaga kecil bahan kuat kuasa undang undang harga, sedangkan mereka dapat harga tinggi dari pembekal

siapa sokong sila share di fb atau twitter


Bapa Pelakon Ezany Meninggal Alfatihah

Bapa Pelakon Ezany Meninggal Alfatihah, pelakon perlis, artis perlis, sakit jantung, tok paduka kangar

Bapa Pelakon Ezany Meninggal Alfatihah, pelakon perlis, artis perlis, sakit jantung, kubur tok paduka kangar
Bapa Pelakon Ezany Meninggal Alfatihah. KANGAR, 20 Jan - Pelakon Ezany Nizariff (dua, kanan) menahan kesedihan pada majlis pengkebumian ayahnya, Mohd Nizariff Mohd Idrus di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka. Nizariff, 68, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Ipoh pada 5.30 pagi tadi sebelum dibawa pulang ke Kangar untuk dikebumikan selepas solat Asar.Allahyarham meninggalkan seorang balu, tiga orang anak, dua cucu lelaki, kedua-duanya adalah anak kepada Ezany.

Sumber: BERNAMA

Jumaat, 24 Januari 2014

Pengalaman Suhu sejuk ketika ini di perlis

Pengalaman Suhu sejuk ketika ini di perlis, bandar arau, ktmb arau

Pengalaman Suhu sejuk ketika ini di perlis. Jan dan Feb 2014 fenomena angin timur laut dan lebih di kenali winter wind telah menurunkan suhu di Perlis sehingga 20 darjah C waktu pagi dan malam, Ketika saya menulis ini suhu di Kampung ini, berada sekitar 21 darjah C.

Ramai malas nak mandi kerana sejuk sangat, suasana macam di tanah tinggi. Sejuk mak ooi

Waktu ni kebetulan musim menuai, cuaca kering, dan hujan tak turun, Malam dan pagi memang sejuk, waktu tengahari pun suhu tak berapa panas, Kami tak perlu pasang kipas

Nikmat bila Allah beri suasana macam ni, beri peluang manusia di muka bumi menikmati perbagai cuaca samada panas dan sejuk, semua ini nikmat dan menunjukan Allah itu MAHA BERKUASA dan nikmat Allah tidak terkira besar dan luasnya.

Suhu Perlis Jan 2014

suhu dan cuaca perlis jan 2014, weather perlis 2014
Menjelang hujung minggu ini, suhu di sekitar negeri ini dijangkakan boleh turun sehingga 21 atau 20 darjah Celsius pada waktu malam, tidak seperti suhu biasa iaitu 36 darjah Celsius pada waktu siang dan 24 darjah Celsius pada waktu malam
Suhu Perlis Jan 2014, padi masak kuning 2014, kg sg baru utan aji,
Berdasarkan ramalan cuaca JMM, suhu sepanjang minggu di kebanyakan kawasan di negeri ini adalah 33 darjah celsius pada waktu siang dan 24 darjah celsius pada waktu malam.

Pengarah Pusat Cuaca Nasional JMM, Muhammad Helmi Abdullah, berkata, walaupun ramalan menunjukkan suhu waktu malam di Perlis adalah 24 darjah celsius, beliau tidak menolak jika suhu berkenaan boleh turun sehingga 20 darjah celsius.

“Catatan suhu yang agak rendah daripada kebiasaan ini sebenarnya disebabkan musim Monsun Timur Laut yang turut membawa tiupan angin sejuk dari kawasan sejuk seperti di China dan Siberia.

“Jadi, penurunan suhu boleh dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu tiupan angin dan juga kepulan awan," katanya

Menurutnya, jika tiupan angin lebih kuat dan kepulan awan tidak tebal atau banyak pada waktu malam, suhu akan menjadi lebih rendah dan ia adalah perkara normal.

"Pada awal Januari lalu stesen meteorologi Chuping pernah mencatatkan suhu sehingga 19.8 darjah Celsius.

Live suhu dan cuaca perlis ketika ini , klik http://www.accuweather.com/ms/my/arau/229834/current-weather/229834

Khamis, 23 Januari 2014

Langkawi Auto Express Tunggu Kelulusan Operasi dikuala perlis

Langkawi Auto Express Tunggu Kelulusan Operasi dikuala perlis
Langkawi Auto Express Tunggu Kelulusan Operasi dikuala perlis, Kita harap kelulusan operasi dapat di buat segera untuk kemudahan orang ramai guna servis feri baru yang membawa kenderaan dan penumpang ke Langkawi melalui Kuala Perlis.

Gambar dari FB Langkawi Auto Express Sdn Bhd

Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi

Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi

Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi

Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi

Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi

Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi
Laluan Langkawi Auto Express feri bawa kereta kuala perlis langkawi

Isnin, 20 Januari 2014

KTMB ARAU DAH NAK SIAP

19 jan 2014 sempat ronda bandar diraja Arau, perlis, singah sekejap di stesen ktmb arau, nampak dah hampir siap, semua kerja hampir 96 peratus siap. Keadaan bandar dah semakin bersih dan banyak projek dah hampir siap.

gambar progress stesen KTMB ARAU 19 JAN 2014

KTMB ARAU DAH NAK SIAP

KTMB ARAU DAH NAK SIAP, ets arau, arau

KTMB ARAU DAH NAK SIAP

KTMB ARAU DAH NAK SIAP

Komalaut Kuala Perlis Tempat Makan Popular

Komalaut Kuala Perlis Tempat Makan Popular di Perlis, Cara nak pergi, ambil jalan ke kuala perlis dan terus sahaja, sehingga jumpa lampu isyarat tepi laut, ambil kanan dan jumpa simpang ada trafik light ambil kiri, Komalaut terletak sebelah kiri.

Perbagai makanan laut disediakan, ada juga masakan tradisional seperti laksa di sediakan, tapi yang top ialah ikan bakar dan ulaman serta masakan laut.

Komalaut Kuala Perlis Tempat Makan Popular perlis, jalan jalan cari makan, perlis 2014,perlis best,makanan perlis, masakan perlis,jom jalan perlis,

Komalaut Kuala Perlis Tempat Makan Popular perlis, jalan jalan cari makan, perlis 2014,perlis best,makanan perlis, masakan perlis,jom jalan perlis,

Komalaut Kuala Perlis Tempat Makan Popular perlis, jalan jalan cari makan, perlis 2014,perlis best,makanan perlis, masakan perlis,jom jalan perlis,

Ahad, 19 Januari 2014

Pulut Nyok di Musim Timur Winter Wind Di Perlis

Pulut Nyok di Musim Timur Winter Wind Di Perlis, Ini merupakan makanan tradisional orang Perlis dahulu dan sekarang semasa musim angin timur atau musim timur. Musim timur atau winter wind adalah satu fenomena semulajadi bulan Jan Feb setiap tahun. Perlis yang terletak paling hampir dengan 'Garisan Jadi' (garis lintang yang menandakan kedudukan Matahari tegak yang paling jauh ke selatan) akan menerima 'Winter Wind'.

resepi pulut di musim angin timur winter wind
Peristiwa ini berlaku hanya sekali dalam tempoh setahun, iaitu ketika solstis Disember di mana hemisfera selatan Bumi paling condong ke arah Matahari. Tempohnya juga dikenali dengan Monsun Tropika dan "WINTER WIND" (Angin Monsun Timur Laut dari Teluk Siam).

Biasanya Suhu (21-32 darjah celcius) dan ketika inilah penduduk Perlis akan menghadapi Musim Kering (Jan-Apr) manakala Musim Hujan pada Mei sehingga Disember.

Aktiviti yang biasa dilakukan oleh masyarakat tradisional Perlis ialah seperti pertandingan Wau, menangkap ikan air tawar dalam sawah, mengail ikan dalam sungai, membaiki alatan dan jenjera pertanian dan kerja berkaitan.

Makanan tradisional orang Perlis, antaranya pekasam ikan air tawar, nasi goreng kunyit, pulut nyok dan ikan kering, pulut dan sambal, Makanan ini dikatakan panas dan mereka makan waktu sarapan pagi.

Cuaca ketika ini, musim angin timur sejuk hingga ke petang, banyak yang tarik selimut hingga 10 pagi,

Resepi Pulut Kukus dan Ikan Kering

resepi pulut di musim angin timur winter wind


Bahan:
  1. Beras pulut
  2. Kelapa parut -kelapa sedang tidak tua sangat
  3. Ikan kering - ikut selera anda
Cara membuatnya yang mudah,

Rendam beras dalam 4 jam, toskan dan kukus dalam periuk kukus, angkat pulut yang dah masak tersebut dan biar suam. Hidang bersama kelapa atau nyok parut dan ikan kering. Kelapa parut di gaul rata dengan pulut yang telah dikukus tadi. Ikan kering yang biasa dan sedap ialah ikan talang, gelama, gelama masam, ikan pekasam pun sedap.

Anda boleh letak sambal jika mahu.

Resepi sumbangan
Najmi kamis
Kg sg bugis perlis

Sabtu, 18 Januari 2014

Maicafe Kopitiam Restoren Popular di Kangar

Maicafe Kopitiam Restoren Popular di Kangar

Maicafe Kopitiam Restoren Popular di Kangar

Maicafe Kopitiam Restoren Popular di Kangar, cuti di perlis, tempat makan di perlis, makanan sedap di perlis, masakan barat perlis, chicken chop sedap perlis, lamb chop sedap, spageti sedap, ais kacang sedap
Maicafe Kopitiam Restoren Popular di Kangar, terletak di Bandar kangar, lokasi nyaman santai sesuai sebagai tempat makan, suasana aman sunyi dan sejuk. Menyediakan makanan barat dan tempatan, setiasa sesak dengan pengunjung, Top search dalam blog dan media internet. Ramai komen makanan sini sedap,

Dimasak oleh chef yang berpengalaman lebih 10 tahun, mereka pernah bekerja di restoren besar dan juga tukang masak jemputan Tabung Haji di mekah. Laporan Utusan Malaysia Tentang Maicafe Kopitiam klik sini

Alamat maicafe kopitiam kangar:

MaiCafe
No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra,
Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra,
Kangar, Perlis

Gambar Semasa:

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis

makanan minuman di maicafe, MaiCafe No 9 & 10, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kangar ke Padang Besar off Jalan Tenku Syed Putra, Kangar, Perlis


Jom Pi Perlis

Jumaat, 17 Januari 2014

Winter Wind Di Perlis Masuk Jan 2014

Sejuk sungguh badan ini, rupanya Winter Wind Di Perlis Masuk Jan 2014 dan kalau zaman 70an atau 80an sekitar bulan Dis tapi kini Jan 2014 dan mungkin winter wind berlarutan hingga feb 2014. Memang sejuk, ketika saya menulis, waktu masih subuh lagi, anak anak syok tidok, jam 6 .44 pagi angin di luar deras dan terasa dingin walaupun tidak masuk dalam rumah.

musim timur di perlis winter wind
Ada biasa dengan winter wind, saya sejuk ni


Kalau angin luar masuk badan ini kena pakai baju tebal la, Waktu ni musim padi sedang menguning dan ada juga petani yang mula menuai padi

musim timur winter wind jan feb 2014 di perlis


musim timur winter wind jan feb 2014 di perlis

musim timur winter wind jan feb 2014 di perlis
Suasana pagi di sawah, arr nyaman tapi sejuk

Rumah saya terletak tepi sawah terasa bahang sejuk pukulan angin timur di luar sana. Best juga bila dok kampung menikmati suasana sunyi damai dan tenteram, Dok fikir kalau buat homestay di kampung aku, adakah orang nak mai tidur.

Tapi ramai di luar sana yang dok bandar dan ingin merasa musim angin timur atau winter wind di perlis.

Jom Pi Perlis