Ahad, 12 Januari 2014

Lokasi Ladang Nipah Kipli Kuala Sanglang

Lokasi Ladang Nipah Khipli Kuala SanglangLokasi Ladang Nipah Kipli Kuala Sanglang, lihat peta di bawah, orang kata sedap nira nipah, kemarin kami pi sendiri dengan keluarga untuk menikmati nira nipah Kipli di Tanah Timbul Kuala Sanglang Perlis, Menarik tempatnya, teduh, sejuk dan tenteram bila berada dalam hutan nipah. Sebelum ni hutan nipah sukar nak masuk, tapi pengurus ladang ini Kipli kreatif dan telah menanam nipah di tanahnya seluas 3 relong setengah dengan pokok nipah.

Sempat juga bersembang dan bergambar dengan saudara Khipli usahawan ladang nipah ini. Beliau hadapi juga masalah kesihatan di bahagian tekak dan sukar bercakap, tekaknya hadapi jangkitan, Kita doa beliau sihat sepenuhnya

Lokasi Ladang Nipah Khipli Kuala Sanglang
Penulis Baju Merah dan Usahawan Nira Nipah Khipli Baju putih
 
Peta Lokasi
Lokasi Ladang Nipah Khipli Kuala Sanglang


Khipli memulakan dengan sejumlah 1,000 anak pokok nipah yang disemainya sendiri di kawasan berpaya kira-kira 1.6 hektar di pinggir laut di Kuala Sanglang pada tahun 2000 dan mulai 2005 nipah diusahakan Khipli mula menghasil air nira yang mempunyai keenakan rasa tersendiri berbanding nira nipah di tempat lain.

Perusahaan nipah  Khipli turut mendapat sokongan dan bantuan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MADA, FAMA dan Pejabat Pelancongan serta kerajaan negeri Perlis sendiri.
Kanak-kanak juga menggemari air nira & laksa di sini.

Kini dengan bantuan isterinya, Rafilah Abdul Ghani  serta dua anak mereka,  Khipli menjalankan perusahaan  `jus nipah’ atau `air nira’ di ladang nipahnya setiap hari antara jam 11 pagi  hingga 7.00 petang .

Musim cuti penuh
tel dulu sebelum pi 0174306245

Harga pada tarikh post ini di tulis.

Air Nira 1 Jag - RM6.00
Laksa - RM3.00
Bihun Sup RM4.00

Ada juga di jual makanan ringan, ikan kering, kuih tradisional.

Lokasi Ladang Nipah Khipli Kuala Sanglang

Lokasi Ladang Nipah Khipli Kuala Sanglang

Lokasi Ladang Nipah Khipli Kuala Sanglang

Lokasi Ladang Nipah Kipli Kuala Sanglang


Selamat Datang ke Perlis

Fauzi Ahmad
www.cpintrass.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH ATAS MAKLUMBALAS ANDA