Jumaat, 14 Mac 2014

Mahaguru Ibrahim Tak Perlu Marah Khairi

Mahaguru Ibrahim Tak Perlu Marah Khairi
Mahaguru Ibrahim Tak Perlu Marah Khairi, Nak marah apa, terima teguran dengan hati terbuka, Bukan YB Khairy sahaja yang tegur amalan pembomohan di KLIA tak sesuai, JAKIM PUN TEGUR, DR ASRI PUN TEGUR DAN RAMAI RAKAN -RAKAN FACEBOOK, BLOGGER yang tidak suka amalan bomoh dalam mencari MH370. Ia mengelirukan islam di kalangan bukan Islam, Di bawah adalah kenyataan Jakim.Dan Video Kenyataan Mahaguru Ibrahim Di Bawah,

Jakim selar pihak guna bomoh cari MH370

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelar usaha beberapa pihak mendapatkan khidmat bomoh dalam usaha mencari penerbangan MH370, yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lepas, kerana langkah itu jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Justeru, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha menggesa masyarakat di negara ini, terutama umat Islam, agar tidak terpengaruh atau mengamalkan upacara perbomohan.

"Ia bukan sahaja satu usaha yang sia-sia malah boleh mengundang kemurkaan ALLAH SWT. Hukum mengamalkan perubatan alternatif atau kaedah perbomohan adalah harus dalam Islam namun mestilah tidak bertentangan dengan syarak," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, umat Islam harus menyakini bahawa ALLAH SWT adalah sebaik-baik tempat untuk mereka bergantung dan bertawakal.

"Setelah segala usaha pencarian dengan upaya manusia melalui ilmu sains, kepakaran dan teknologi sedang giat dijalankan, maka kita sebagai hamba ALLAH harus terus berdoa memohon kepada ALLAH yang Maha Kuasa. Saya yakin kita akan berjaya temui petunjuk terhadap misteri kehilangan pesawat ini atas izin-Nya jua," katanya.

Beliau berkata, Jakim mengeluarkan Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam untuk diteliti dan difahami masyarakat yang boleh diakses melalui laman sesawang http://www.al-azim.com/jmm/pdf/Pengubatan_Islam_Perbomohan_Melaka.pdf 


"Mana-Mana pihak juga adalah dilarang mengelirukan masyarakat dengan penggunaan kalimah Arab sebagai cara untuk menunjukkan ia adalah bertepatan dengan syarak sedangkan hakikatnya pengamalan, bacaan dan prosedur yang digunakan adalah jelas bertentangan dengan syarak," katanya. - Bernama

Dalam Video Youtube Mahaguru mempertahankan amalannya dan mengatakan Datuk Najib silap panggil Khairy jadi Menteri Kabinet.



Pada saya jangan cabar macam tu, yang jadi isu nya ialah amalan Datuk adakah, mengikut syarak atau tidak, kerana ia menjadi keliru pada kanak kanak, remaja, belia dan orang bukan islam,

Teguran YB Khairy adalah teguran ikhlas, bukan sahaja YB khary tapi ramai rakan facebook, ulama, Jais, Jakim, Blogger yang tak suka cara datuk,

Saya cadang Tuan Mahaguru jumpa ustaz dan ulama wibawa bawa bincang dan tanya adakah ilmu tuan ini mengikut syariat atau tidak. Kita buang sifat tinggi diri dan muhasabah balik.

Terima kasih, jika ada komen sila komen di bawah

Khamis, 13 Mac 2014

Jakim Patut Cegah Bomoh Ibrahim Mat Zin

Jakim Patut Cegah Bomoh Ibrahim Mat zin, fatwa haram bomoh ibrahim mat zin, mesyuarat jakim 2004 bomoh haram, bomoh ibrahim mat zin khurafat, syirik,
Jakim Patut Cegah Bomoh Ibrahim Mat zin, Bukan sekadar kata haram, tapi harus menasihat kepada Ibrahim Mat Zin dan orang orang nya bahawa amalan perbomohan yang di amal beliau adalah salah dan bertentangan dengan akidah Islam. Siapa yang panggil Bomoh ini ke KLIA untuk cari #MH370

Ibrahim Mat Zin juga digelar raja bomoh, memang ilmu kalau campur aduk dengan amalan syirik akan menjadi dan orang ramai anggap itu amalan yang betul, tapi hakikatnya terpesong dengan ajaran Islam

Bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegur penggunaan bomoh MH370 dalam usaha mencari pesawat MH370 hilang ketika dalam penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu 8 Mac 2014.

Sambil menyifatkan langkah itu sebagai “satu kerja bodoh”, Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, langkah “khurafat dan tahyul” itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia tidak dapat diterima akal waras.

 “Ini tahyul, khurafat, kerja bodoh dan tidak waras. Agama tidak dapat terima (langkah ini). Dengan buat begitu, dia (bomoh) beri gambaran salah pada ajaran Islam.

Ahad, 9 Mac 2014

KEHILANGAN MH370 DAPAT PERTUNJUK

wow Tone Excel Info: KEHILANGAN MH370 DAPAT PERTUNJUK DIJUMPAI: KEHILANGAN MH370 DAPAT PERTUNJUK DIJUMPAI. Pesawat Jabatan Penerbangan Awam Vietnam mengesan dua tumpahan minyak yang besar dipercayai da...

Khamis, 6 Mac 2014

Seriab akan dimajukan

Seriab akan dimajukan, Kini sebuah pekan kecil dan bakal berubah menjelang 2017 dan 2018. Beberapa pemaju sudah mengemukan pelan cadangan. Kita harap semua berjalan ikut jadual. Salah satu cadangan ialah Kangar Sentral