Khamis, 22 Mei 2014

Pembangunan Perlis bawah MB Azlan Man

Pembangunan Perlis bawah MB Azlan Man
Pembangunan Perlis bawah MB Azlan Man. Antara intipati teks ucapan MB AZLAN MAN untuk Majlis Istiadat Penganugerahan Darjah dan Pingat Sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-71 DYMM Tuanku Raja Perlis di Istana Arau yang menyentuh aspek pembangunan negeri:
1. Perancangan dan pelaksanaan projek berimpak tinggi seperti pembangunan Chuping Valley, Perlis Inland Port, Pelabuhan Perikanan Antarabangsa Perlis dan Terminal Pengangkutan Awam Bersepadu di Kangar.

2. Pembangunan perumahan mampu milik sebanyak 400 unit di Arau dan 150 unit di Simpang Empat.

3. Pembangunan Perlis Specialist Hospital dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan KPJ Healthcare Berhad.

4. Projek komersial di Kangar seperti K-Parc, Kangar Jaya dan Taman Putra Utama yang bakal mempunyai sebuah pasaraya besar.

5. Pembangunan Kolej Kejuruteraan Keretapi di Padang Besar.

6. Pembangunan Putra Bay di Kuala Perlis merangkumi jeti penumpang yang moden, hotel, taman tema air dan Perlis Outlet Village.

7. Memajukan bidang pelancongan sukan. Pertandingan lumba perahu di Kuala Perlis akan dianjurkan semula di samping aktiviti wind surfing, kayak dan perahu layar di Empangan Timah Tasoh. Perlis Marathon juga bakal dianjurkan dengan kerjasama MOTOUR dan Kementerian Belia & Sukan.
Perancangan pembangunan Perlis secara terperinci terkandung di dalam Pelan Strategik Pembangunan Negeri 2030, Pelan Strategik Perlis Maju 2015, Rancangan Tempatan Negeri 2020 dan Rancangan Struktur Negeri 2030