Rabu, 22 Oktober 2014

Pekan Simpang Empat Perlis Perlu Perubahan

Pekan Simpang Empat Perlis Perlu Perubahan. Sudah 50 tahun saya hidup, tapi perubahan pekan ini amat perlahan sekali. Saya nampak macam tiada siapa ambil tahu kemana dan bagaimana nak membangun pekan simpang empat kepada bandar simpang empat perlis, sebagai bandar yang unik dan sebagai bandar pertama selepas sempadan kedah perlis.

Satu ciri unik pekan ini, banyak barang unik keperluan orang kampung dan orang bandar ada sini. Kalau tempat lain sukar juga mencari alatan lama keperluan petani, tapi di simpang empat ada keperluan itu.

Isu di pekan simpang empat

1. Tapak peniaga pasar malam dan nat sehari dan tapak pasar malam semakin sesak. Pekan ini mempunyai aktiviti perniagaan hampir sepanjang minggu, misalnya pekan sehari atau Nat Selasa, Pasar malam hari jumaat, pasar tani hari khamis, uptown hari ahad

2. Lokasi gerai di pusat pekan ini semakin sesak
3. Gerai MPK di tengah pekan ini yang daif dan tidak selesa mata memandang
4. Bangunan kedai lama yang di bina dari kayu membahaya pekan ini. Jika tak diurus dengan baik bahaya pada bencana kebakaran. Selain itu mencacat pandangan rupabentuk pekan ini
5. Kemudahan parking semakin kurang

Gambar Semasa pekan simpang empat

Pekan Simpang Empat Perlis Perlu Perubahan
rekabentuk gerai MPK yang membuat pemandangan dan suana gerai macam pasar ikan. Sepatutnya bumbung lebing ting, ada tembok tepi, lantai bersih, tempat masak yang cantik, warrna yang cerah, Lihat contoh R and R Plus, bersih sahaja, rekabentuk menarik dan selesa

Pekan Simpang Empat Perlis Perlu Perubahan
gerai peniaga perlu lebih kemas dan tersusun

pasar tani perlu ada tempat selesan dan mudah parking, MPK perlu ada tempat luas  untuk Nat Selasa, agar ia menjadi Ikon Nat yang paling besar di perlis. Nat selasa popular dengan barang unik

Pekan Simpang Empat Perlis Perlu Perubahan
Gerai makan perlu di naik taraf, agar bersih dan cantik

Isnin, 6 Oktober 2014

Cucur jemput pisang perlis

Salah satu makanan sarapan pagi bagi orang perlis ialah cucur jemput pisang.

Di buat mudah saja. Ramuan utama pisang awak atau pisang emas. Pisang diramas hancur bersama tepung gandum. Campur sedikit air. Bancuhan jangan cair sangat

Kemudian jemput dan goreng