Selasa, 31 Mac 2015

Mydin TIADA GST

Nak beli barang jom pi pasaraya melayu pasaraya Mydin. Tiada gst di kenakan.

Ini strategi terbaik mydin. Gua caya lu. Terbaiklah mydin.

Meringankan beban pelanggan yang khuatir terpaksa membayar lebih ekoran pelaksanaan GST bermula esok (1 April 2015), syarikat borong dan runcit, Mydin tampil memperkenalkan kempen ‘Gerenti Semua MYDIN Tanggung’ (GSMT), Harga Tak Naik.

Kempen tersebut membolehkan pengguna membeli barangan pada harga sama seperti sebelum dikenakan GST kerana pelaksanaan 6 peratus GST akan ditanggung oleh syarikat Mydin melalui mekanisme tersendiri.

Turut hadir membuat tinjauan harga barang sempena kempen tersebut ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

“Ini satu usaha yang baik kerana Mydin membuktikan GST tidak sepatutnya mengenai kenaikkan harga barang,” kata Ahmad dalam sidang media pelancaran kempen GSMT di sini hari ini.

Dia guna duit untung untuk tanggung kos GST pada barang yang kita beli

PENGIRAAN MYDIN

DI RESIT TETAP TULIS GST TAPI MASA KIRA HARGA DI TOLAK 6%

JADI HARGA TAK NAIK


Fungsi tel di app whatsapp

Whatsapp telah tambah fungsi baru iaitu fungsi calls dan satu tap khas di wujud atas kiri

Dengan aktifnya fungsi panggilan ini, pengguna akan boleh membuat panggilan terus kepada rakan-rakan mereka melalui WhatsApp. Sebuah tab khas juga turut ditambah pada bahagian atas aplikasi untuk mengasingkan panggilan dan juga permesejan.

Saya telah mencubanya dengan beberapa rakan, dan kualiti panggilan agak baik dan ia bergantung kepada kelajuan internet seseorang pengguna

Jika line ia ok

WWW.CPINTRASS.COM
NUTRIEN MINDA

Jumaat, 27 Mac 2015

ABC DAN CENDOL PULUT SEDAP PERLIS

Melalui persisir pantai perlis singah menjamu selesa di gerai Cheery corner yang terletak di jalan pantai kuala perlis ke kurung tengar.

Kami singgah sebentar. Dan order cendol. Memang ramai pelanggan waktu petang. Makanan selain abc ialah laksa, bihun sup, cendol pulut dan minuman lain

Pantai Merdeka Resort tempat cuti menarik kedah

Nak cuti dan santai bersama keluarga di kawasan pantai di kedah jom pi pantai merderka. Banyak kemudahan dibangunkan dan suasana pun santai. Antaranya resort, homestay dan chalet.

Di merderka beach reach resort terdapat bilik menarik, kolam, tempat bermain, bilik seminar dan tempat berkhemah.

Rabu, 18 Mac 2015

Tabung haji ķodiang

Tabung haji kodiang terletak di pekan kodiang iaitu jalan menuju ke bandar Arau.

Orang pertama dalam islam

30 ORANG YANG
PERTAMA DALAM ISLAM
---------------------------------
1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan :
   Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada
hari qiamat :
    Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah
pada hari qiamat :    
     Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah :
  Sayyidatina Hajar

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh
hijrah :
Umar bin Al-Khattab

10. Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah
dalam Islam :
Al-Hasan bin Ali RA.

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW :
Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita :
Sumayyah binti Khabbat

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab /
lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan
fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan adzan: Bilal bin Rabah

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi
SAW :
Tamim Ad-dary

19. Orang yang pertama menghunus
pedang dalam
perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam:
Ali bin Abi Tholib

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam :
Muawiyah bin Abi Sufyan

25. Orang yang pertama membuat
perpustakaan awam
Harun Ar-Rasyid

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar
Al-Khattab

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas
Rasulullah SAW :
Ali bn Abi Tholib

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil
Haram Mekah:
Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus'ab bin Umair

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga :
Nabi Muhammad SAW.

✔ Rugilah klu tidak SHARE sbab ianya 1 peluang dakwah yg MUDAH kenali Islam kita.

Menakjub mainan matematik dan huruf

Satu fikiran yg agak menarik.
Jika:
A  B  C  D  E  F  G  H  I  J K  L M  N  O  P  Q  R  S  T U  V  W  X  Y  Z
bersamaan dengan:
1  2  3  4  5  6  7  8  9  10 11  12  13  14  15  16  17 18  19  20  21  22  23  24 25  26

Maka nya..

H+A+R+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%

L+O+V+E
12+15+22+5 = 54%

L+U+C+K
12+21+3+11 = 47%

Tiada Satu pun 100%. Apa yang 100%?!

Wang?! NO!

M+O+N+E+Y
13+15+14+5+25 = 72%

Leadership?! NO!

L+E+A+D+E+R+S+H+I+P
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97%

Setiap masalah boleh diselesaikan dengan mengubah 'ATTITUDE'.. [sikap] kita.

A+T+T+I+T+U+D+E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 💯%

Oleh itu with ATTITUDE kita terhadap kehidupan dan pekerjaan lah yang membuat kita  💯% successful.

Menakjubkan.. Mathematics.. 🔣🔢

.. akan tetapi..

SAYANG ALLAH
19+1+25+1+14+7+1+12+12+1+8 = 101%

Mengatasi semuanya..

Sabtu, 14 Mac 2015

Jumaat, 13 Mac 2015

Rabu, 11 Mac 2015

Pembalut buah dari Thailand

Daripada 5 jenis pembalut atau sampul buah yang dihasilkan, sampul yang mengandungi 2 lapisan(luar kertas coklat dan dalam lapisan hitam) mempunyai permintaan paling tinggi dari penanam buah mangga (Lihat foto).

Kos setiap satu adalah 5 sen sahaja dan boleh digunakan sebanyak 2-3 kali bergantung kepada penjagaan. Lapisan dalam berwarna hitam ini mengandungi bahan yang menyebabkan kulit buah Nam Dok Mai akan kelihatan menjadi kuning kuat dan permukaan kulit yang sangat baik berbanding jika tidak dibalut kulit buah berwarna hijau muda atau hijau tua jika gunakan pembalut kertas biasa.

Di atas bahagian kertas sampul terdapat kawat atau dawai yang akan digunakan untuk di ikatkan sampul kepada tangkai buah. Ukuran sampul buah 20 cm x 45 cm sesuai khusus untuk buah mangga yang berwarna hijau apabila masak. 

Kertas sampul untuk Jambu Batu berwarna putih dalam satu lapis berukuran 20 cm x 45 cm. Buah jambu akan mendapat warna kulit yang hijau berkilat, bersih dan lebih menarik jika menggunakan pembalut jenis ini.  Pembalut Pomelo pula menggunakan jenis plastik nipis berwarna kekuningan cair.

Lihat foto dibawah untuk melihat bagaimana produk buah Mangga Nam Dok Mai yang dihasilkan dengan pembalut plastik Chun Fong digunakan untuk membalut buah tropika yang meningkatkan kualiti buah untuk pasaran ekspot di Thailand.

Buah ini yang berbau harum, manis, kulit licin menarik dan bentuk yang cantik membuatkan ianya sesuai dipasarkan sehingga kepasaran antarabangsa.

Pembalut buah pelam harum manis

Pembalut mempelam harum manis boleh didapati di pertubuhan peladang mata air perlis. Info dari kawan kawan facebook.

PPK mata ayer ada jual..kalau yang warna koko tu 1.7 sen kalau yang warna putih 1.6sen satu keping.


Program ehya masjid negeri Perlis 2015

Program ehya Masjid bagi masjid negeri perlis mendapat sambutan. Gambar bawah sumber drmaza

Selasa, 10 Mac 2015

Orang hilang dari taman kemajuan dijumpai

Kes seorang pakcik yang tinggal di Taman kemajuan kangar di jumpai oleh SAR Bomba Perlis. Beliau di kawasan sekitar Gua Cenderawasih

Takziah pada keluarga beliau. Sama sama kita sedekah alfatihah

Syukur beliau di jumpai hari ini. Terima kasih semua pihak yang membantu