Selasa, 30 Jun 2015

ETS PADANG BESAR KL SENTRAL SEP 2015

Perkhidmatan keretapi elektrik ETS Antara padang besar perlis ke KL sentral akan beroperasi bulan sep 2015. harga tiket belum lagi di umum secara rasmi lagi oleh ktmb, 4 jam 25m masa di ambil antara KL DAN PADANG BESAR.

Kita harap ramai akan mai perlis,  terutama musim harum manis 2016 nanti, cuma kami harap harga mempelam jangan naik macam harga KL.

Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dibangunkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang mampu bergerak pada kelajuan 140 kilometer sejam sebelum ini memberi keselesaan kepada penumpang dari destinasi Kuala Lumpur ke Ipoh, Perak.
Menerusi perkhidmatan yang sama, ia juga dijangka memberi keselesaan kepada orang ramai khususnya mereka yang tinggal di negeri Utara sehingga Padang Besar.
Perkara tersebut dikongsi di laman sosial Facebook, Mukhriz Mahathir FC, semalam yang memuat naik beberapa keping foto KTMB yang sedang dalam proses pengujian untuk perjalanan dari Utara ke Kuala Lumpur.
Menerusi status yang dimuat naik dalam entri tersebut menyatakan tempoh perjalanan yang di ambil adalah lebih kurang 4 jam untuk perjalanan dari Padang Besar ke Kuala Lumpur.

Khamis, 4 Jun 2015

Kaedah moden tanam harum manis di Perlis

Perlis perlu mengalak petani dan usahawan tani menanam mrmpelam harum manis dengan kaedah moden dan sistematik

Kajian oleh unimap amat berguna pada petani perlis.

Bernama melaporkan bahawa  Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan mencadangkan kepada kerajaan negeri untuk menggalakkan pengusaha tanaman mempelam Harum Manis mengamalkan kaedah penanaman dalam rumah hijau tidak lama lagi.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata kaedah itu terbukti berjaya melalui projek kaji selidik (R&D) yang dilaksanakan UniMAP di Sungai Chuchuh di sini sejak empat tahun lepas.

"Projek percubaan ini yang menggunakan baja organik menghasilkan pendapatan sehingga dua kali ganda berbanding kaedah tanaman terbuka manakala buahnya lebih manis dan berkualiti serta bebas racun serangga.

"Dalam rumah hijau, kita dapat mengawal makhluk perosak, suhu, cuaca danangin. Faktor-faktor ini memberi kesan terhadap produk yang hendak dihasilkan,"kata Kamarudin kepada pemberita selepas melawat projek tersebut, hari ini.

Beliau berkata sebuah rumah hijau seluas setengah ekar cukup untuk ditanamdengan 217 pokok, dan boleh digunakan selama lapan hingga 10 tahun iaitu membabitkan kos RM200,000.--

Pengusaha dijangka mendapat kembali pelaburan mereka pada tahun ketiga atau keempat dengan penggunaan teknik yang betul," kata Kamarudin dan menambah UniMAP bersedia berkongsi pengalaman dengan pengusaha yang berminat.

Menurutnya sebanyak 30 rumah hijau yang dibina di Sungai Chuchuh mula mengeluarkan buah berkualiti premium untuk dieksport ke Korea dan Jepun yangmendapat permintaan tinggi.

"Projek ini adalah transformasi pertanian selaras usaha kerajaan menjadikanMalaysia negara maju dan berpendapatan tinggi