Jumaat, 24 Julai 2015

Menyamar tnb untuk mengena

Baca seronok bila dapat rm150 ribu. Bila dia kata bayar melalui bank antarabangsa saya agak memang spam ni. Dia cuba nak godam bila dia minta isi borang.

Tnb tak pernah ada peraduan bil tnb ada cabutan bertuan dan alamat email dia pun bukan dari tnb. Penghantar guna tnbcareline@outlook.my . Memang pembohong mereka ni

Di bawah ialah email yang aku terima

Tenaga Nasional Berhad
(TNB HQ) 129 Jalan Bangsar,
59200 Kuala Lumpur,
Kuala Lumpur,
Malaysia

Ini adalah satu pemberitahuan rasmi daripada ibu pejabat daripada Tenaga
Nasional Berhad sempena Persatuan Air Malaysia (PAM) untuk memaklumkan anda
mengenai Hadiah Khas Eksklusif Tenaga Nasional Berhad Akhir Tahun  dan kami
Kami dengan gembira mengumumkan alamat e-mel anda sebagai salah satu
daripada 7 alamat e-mel yang dipilih semalam yang diadakan di ibu pejabat di
Kuala Lumpur.

Dilampirkan disini Nombor Rujukan TNB-1187-48901 dengan Nombor kelulusan,
TNB / 2012-087 /KL, dan nombor bertuah, TNB / 7071KL-733 yang memenangi MYR
150,000.00 (Seratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia Sahaja), alamat e-mel
anda dipilih dari pangkalan data ibu pejabat lembaga program Tenaga Nasioanl
Berhad dan TNB memberi MYR150,000 kepada 7 keluarga yang bertuah menerima
mesej rasmi ini melalui e-mel sebagai pampasan 1 Malaysia.

Hadiah ekslusif Akhir Tahun TNB berjumlah  MYR150,000.00 akan dikeluarkan
kepada anda melalui bank antarabangsa. Oleh kerana rombakkan beberapa nombor
dan nama, kami meminta anda menyimpan mesej ini untuk diri sendiri dan tidak
akan sama sekali mendedahkan kepada pihak TNB sehingga tuntutan anda telah
diproses, dan hadiah anda dimasukkan ke dalam akaun anda, kerana ini adalah
sebahagian daripada protokol untuk mengelakkan penyalahgunaan nombor bertuah
anda.

Untuk memulakan tuntutan TNB anda, anda dikehendaki mengisi borang pengesahan
di bawah dan mengemukakannya kepada ejen tuntutan anda,Puan Zailina Bt Zainal
Abidin bagi membolehkan beliau menjelaskan fail anda dan membayar dengan
segera.

Jabatan Ganjaran TNB

BORANG RUMAH DI PERLIS

Jika ada ingin memohon rumah kos rendah di perlis boleh ambil borang di unit perumahan perlis.

Borang rumah

UNIT PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN
Tingkat Bawah, Bangunan Dato' Mahmud Mat A
Kompleks Ibu Pejabat Kerajaan Negeri Perlis
01000 Kangar, Perlis
Tel : 04-9731877
Fax : 04-9760572

Ahad, 12 Julai 2015

Nasi kandar sedap di perlis

Salah satu nasi kandar sedap di perlis ialah HAMED NASI KANDAR terletak di jalan kampung bakau kangar bersebelahan MCDonald kangar.

Selain itu nasi kandar dekat market kangar di buka pagi

Ahad, 5 Julai 2015

Jumaat, 3 Julai 2015

Pasar ramadan hadapan kompleks kerajaan perlis kena ribut

Pasar ramadan berhampiran kompleks kerajaan negeri perlis atau mini putrajaya kena ribut. Kejadian baru berlaku sekitar 5 petang 3 julai 2015

Harap semua yang terlibat bersabar dengan ujian bulan ramadan ini

Gambar dari maziah johar dan suzana bahar